Rabu, 10 November 2010

Berubah...

Salam hormat kepada semua...
Manusia perlu berubah.
Berubah dari manusia yang tidak baik kepada manusia yang baik.
Atau berubah dari manusia yang baik kepada lebih baik.
Jika hari ini kita sama seperti semalam, kita adalah orang yang tidak berbuat apa-apa untuk berubah.
Jika hari ini kita lebih teruk dari semalam, kita adalah orang yang sangat bodoh kerana menjadi lebih teruk.
Jika hari ini kita lebih baik dari semalam, maka menunjukkan yang kita telah berjaya...
Untuk berubah, kita perlu memikirkan tentang siapa diri kita terlebih dahulu. Kita perlu menilai diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan kita, dari segi kebaikan dan keburukan kita... Dari situ baru timbul perkara yang boleh dilakukan untuk berubah.
Namun, kadang kala kita tidak dapat memberi dan menyenaraikan apakah kelemahan dan keburukan diri kita sendiri. Ini mungkin berlaku kerana manusia dikurniakan dengan ego dan perasaan memegahkan diri sendiri. Lantaran itu, kita memerlukan orang lain untuk menyatakan tentang kelemahan dan keburukan diri kita. Orang yang bergelar sahabat adalah orang yang sangat layak memberi komen dan kritikan. Sahabat adalah seperti cermin kepada diri kita. Mereka akan menunjukkan siapa diri kita. Jika baik, maka baiklah yang ditunjuk, dan begitu juga sebaliknya.
Berubah, memerlukan masa dan tindakan yang sistematik.
Berubah tidak akan berlaku sepantas dan semudah ABC. Ia memerlukan tindakan yang terancang dan berterusan.
Catatan berikutnya akan membicarakan tentang tindakan dalam perubahan diri melalui konteks kuasa minda manusia....

3 ulasan:

  1. SALAM,
    SETUJU SANGAT MESEJ N3 INI. KITA MESTI BUAT PERUBAHAN KE ARAH YANG LEBIH BAIK. YANG SUDAH BAIK, KITA BUAT PENAMBAIKAN. HARAP KITA SEMUA DAPAT MELAKUKANNYA !

    BalasPadam
  2. bagus sebab ada kesedaran utk berubah. then, work for it.

    BalasPadam
  3. Manusia memang sukakan perkara yang baik.
    Namun masih ada yang memilih 'jalan yang salah'. Kerana mereka masih belum diberikan kesedaran untuk mengubah diri mereka menjadi individu yang baik. Namun, jauh di sudut hati mereka, mengakui dengan sebenarnya bahawa perkara yang baik adalah yang mereka ingini.

    Untuk berubah, memang kena ada usaha. Perkara yang baik yang ingin dilakukan, pasti banyak halangan dan rintangan yang akan dilalui. Itulah hukum alam.
    Kenapa ia berlaku sedemikian?
    Kerana DIA ingin melihat sejauh mana kesungguhan dan keyakinan kita untuk berubah ke arah kebaikan. Sebab itu kadang kala kita diuji dengan pelbagai halangan dan rintangan.

    BalasPadam