Sabtu, 20 November 2010

Emosi dan Kejayaan

Kuasa minda, adalah hukum alam yang berkaitan dengan pancaran getaran minda ke alam semesta.  Semakin hebat kita pancarkannya, semakin kuat tarikannya akan datang kepada kita.  Namun, kita harus sedar bahawa kuasa minda yang kita lepaskan itu ada kaitannya dengan emosi kita.  Jika emosi yang kita rasa, berlainan dengan getaran yang dilepaskan, maka kita tidak akan mendapat apa-apa kesan, kerana kuasa minda tidak dapat memahami apa yang kita mahukan.

Penjelasan :

Emosi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi getaran pemikiran kita.  Jika emosi kita stabil dan tenang, maka kita akan dapat melepaskan getaran pemikiran kita dengan lebih baik dan berada pada ruangan yang betul.  Contohnya, jika kita mengimpikan sebuah kejayaan dalam peperiksaan, emosi seharusnya memaparkan rasa kegembiraan dan keseronokan untuk meraikan kejayaan tersebut.  Sebaliknya, ada antara kita yang cuba sedaya upaya untuk memaparkan emosi kejayaan tersebut, namun jauh di sudut hatinya masih berdetik tentang keraguan sama ada dia akan berjaya atau tidak.  Detikan rasa keraguan inilah yang menunjukkan emosi yang tidak seiring dengan kehendak kejayaan yang dilepaskan ke alam semesta.  Ini menyebabkan tarikan kejayaan yang dilakukan tidak berjaya.

Belajar untuk mengawal emosi adalah perkara penting bagi kita.  Bagi ummat Islam, seharusnya kita telah siap sedia dengan kemahiran mengawal emosi.  Ini adalah kerana aktiviti solat merupakan satu bentuk ‘meditasi’ yang terbaik untuk mengawal emosi.  Sebab itulah, kita akan dapat lihat orang yang selalu melaksanakan solat, terutama solat sunat di malam hari, akan kelihatan sangat tenang dan sabar.  Ini adalah kerana mereka telah berjaya mendidik emosi mereka. 

Belajar mengawal emosi, belajar mendidik diri untuk solat dengan khusyuk, pasti kita akan berjaya mengawal emosi sesuai dengan kehendak dalam impian kita….

5 ulasan:

  1. kadang2 datang bulan juga mempengaruhi emosi wanita

    hehehe

    LATEST ENTRY

    APAKAH TUJUAN ANDA MENULIS BLOG?

    TOP 10 UNDI ANDA MASIH DIPERLUKAN?

    **vote utk GKSB yer makaseh =)

    BalasPadam
  2. emosi kalau dibiarkan liar mmg banyak membawa kerosakan....

    BalasPadam
  3. Lantaran itu, kita kenalah berhati-hati dengan emosi kita. Jangan sampai terbabas, jangan sampai mengilas, nanti kita sendiri yang terbias....

    BalasPadam
  4. kadang2 susah jugak utk kita mngawal emosi kita..
    apa yang boley membantu kit adalah iman yang ada dlm diri..
    selamt beramal..
    ^___^

    BalasPadam
  5. betul. mmg susah nak kawal emosi sendiri.

    BalasPadam