Sabtu, 13 November 2010

Perkataan dan Emosi

Salam hormat dan penuh kebahagiaan kepada semua.

Perkataan dan ungkapan, sama ada yang kita sebut, atau yang tidak tulis, mungkin akan memberi kesan kepada menerimaan orang lain.  Perkataan yang baik, serta disusuli dengan emosi yang sesuai, akan menyebabkan penerima memahami dan menerima kita dengan lebih mudah.

Ibu bapa, dan guru-guru perlu memahami hal ini dengan sebaiknya.

Penggunaan perkataan yang betul dengan emosi yang betul akan merangsang penerimaan anak-anak.  Rangsangan yang diterima akan menyebabkan anak-anak itu lebih rapat dan lebih akur dengan perintah kita.

Cuba lihat contoh ini;

“Mak rasa seronok sangat tengok kamu selalu solat di awal waktu.  Lagi seronok dan bahagia sangat kalau kamu dapat berjemaah di surau…”

“Wah, awak ni nampak makin hebat le sekarang.  Nampak sangat awak dah makin matang”

Dua contoh yang kuberikan di atas adalah perbuatan antara emak dengan anak, dan sesama rakan sebaya.

Mak melahirkan emosinya semasa berkata-kata dengan anak.  Emosi berkenaan rasa seronok dan bahagianya melihatkan keadaan anaknya yang sentiasa melaksanakan suruhan ALLAH Taala.  Perkataan yang diberikan ada seronok, dan bahagia yang melambangkan emosi seorang ibu.  Apakah agaknya penerimaan si anak?  Tentu sekali dia merasa bangga dan senorok kerana telah berjaya membuat ibunya seronok dan bahagia.  Oleh itu, dia akan terus melaksanakan perlakuannya itu untuk membahagiakan ibunya.  Inilah contoh penggunaan perkataan dengan emosi.  Rangsangan yang diberi akan membuatkan si anak kekal melakukan apa yang dipinta oleh si ibu.

Perbualan antara rakan sebaya itu juga menunjukkan penggunaan perkataan yang mengandungi emosi.  Perkataan hebat, menggambarkan betapa bangganya rakan melihat rakannya yang semakin bagus dalam melaksanakan sesuatu.  Hebat menggambarkan emosi teruja, bangga, dan sangat tertarik atau sesuatu.  Bagi rakannya itu yang menerima perkataan hebat, akan beremosi dengan perkataan yang diberikan.  Ini akan membuatkan dia lebih yakin dan dapat meneruskan kehebatannya itu.  Bukan sekadar itu, emosinya juga akan terangsang untuk meneruskan persahabatan dengan rakannya dengan lebih rapat kerana menerima perkataan berbentuk pujian seperti itu.

Perkataan dan gambaran emosi, akan menambahkan lagi kekuatan dalam komunikasi.  Penggunaan perkataan yang betul pasti akan dapat merapatkan hubungan dan mengukuhkan keinginan untuk meneruskan perhubungan tersebut.

4 ulasan:

  1. betul, kesimpulannya perlu dengan hikmah jika ingin berkata sesuatu, pujian yang memberi galakan, kritikan yang membina, dan teguran yg menyedarkan tanpa perlu ada rasa sakit hati

    BalasPadam
  2. Tengkorakemas...

    Kekadang kita terlupa, sahabat menjadi orang yang paling hampir dengan kita untuk memberi pujian seikhlas hati dan memberi teguran setulus budi.

    Hanya kita, yang kekadang tersilap menilai siapa antara mereka adalah sahabat, dan siapa antara mereka hanya bergelar kawan...

    BalasPadam
  3. b.r.o.t.a.l.s.o.l.o
    Sesekali memuji apa salahnya...
    Sesekali tu ok, jangan terlalu memuji, nanti mudah membenci...

    BalasPadam