Isnin, 22 November 2010

Lakukan apa yang ditulis

Salam bahagia buat semua….

Satu ungkapan yang sangat berkesan di hatiku :

TULIS APA YANG HENDAK DILAKUKAN,

DAN LAKUKAN APA YANG TELAH DITULIS…

Dalam ungkapan ini menyatakan kita disarankan untuk menulis apa yang hendak kita lakukan.  Kemudian, kita disarankan pula untuk melakukan apa yang telah kita tuliskan.

Semasa kita menulis, kita telah mengaktifkan getaran di minda.  Minda kita mengolah maklumat daripada apa yang kita mahukan dan kemudian dilakarkan dalam bentuk tulisan.  Ini telah menunjukkan bahawa minda telah bekerja untuk mengaktifkan sesuatu yang kita kehendaki.  Jika kita mengimpikan kejayaan dalam peperiksaan, maka tulislah apa yang kita mahukan itu.  Pada ketika ini kita telah menghantar mesej kepada minda tentang kejayaan dalam peperiksaan tersebut.  Maka kuasa minda yang berada dalam diri akan teraktif dengan sendiri.

Apakah hanya dengan menulis ia akan terlaksana?  Jawapannya, YA!  Namun mungkin masa terlaksana itu akan mengambil jangka masa yang panjang.  Oleh itu, untuk mempercepatkan terlaksana apa yang kita impikan, maka kita perlu lakukan apa yang telah kita tulis.  Jika kita menulis tentang kejayaan dalam peperiksaan, maka sebenarnya kuasa minda telah terangsang.  Oleh itu, tambahkan dengan usaha seperti membaca, membuat ulangkaji, latihan, dan perbincangan dengan rakan sebaya.  Keadaan ini menambahkan lagi kehebatan dalam terlaksananya apa yang kita impikan.

3 ulasan:

  1. SALAM,
    TERINGAT MASA BELAJAR DULU2. GUNAKAN KAEDAH YANG LEBIH KURANG SAMA APABILA MAHU MENGINGATKAN SESUATU. LF TULIS APA YANG INGIN DIINGAT.CUKUP BERKESAN!

    SETUJU DENGAN N3 INI. PERKARA YANG TELAH DIINGAT PERLU DIIKUTI DENGAN TINDAKAN

    BalasPadam
  2. betul bro, kuasa minda bawah sedar kan? pernah dgr tentang ni, selain tulis boleh juga ulang cakap pada diri sendiri

    BalasPadam
  3. salam...

    betul jugak tu. sebab bila dah tulis kita nampak clear dan boleh jadikan sebagai guideline.

    BalasPadam