Setelah memahami tentang hukum tarikan atau Law of Attraction (LOA), kita akan dapat mengetahui bahawa setiap yang difikirkan, dikatakan, dan digambarkan dalam minda adalah isyarat jelas ke alam semesta. Isyarat ini adalah seperti gelombang radio yang terpancar tanpa dapat kita lihat dengan gambaran mata kasar. Isyarat ini, sama seperti gelombang yang lain yang akan menarik gelombang yang sama untuk mendekati gelombang yang dipancarkan tadi. Itulah hukum alam...
Visualisasi adalah kehebatan yang dimiliki oleh setiap manusia. Setiap daripada kita mampu untuk bervisualisasi. Dalam erti kata yang lain, kita mampu membayangkan sesuatu dalam fikiran kita. Keadaan ini samalah seperti angan-angan. Seperti cerita Mat Jenin dengan angan-angannya yang pernah diutarakan sebelum ini. Memang perkara ini; membina imaginasi dan gambaran mental, adalah keupayaan setiap manusia. Kadang kala kita membayangkan kesenangan seperti kejayaan memiliki sesuatu, dan kadang kala kita membayangkan kesusahan seperti kemalangan yang mungkin menimpa, dan sebagainya. Kenapa kita membayangkan keadaan-keadaan itu adalah berpunca daripada sebab-sebab yang kita sendiri tentukan.
Apa yang penting adalah, keyakinan kita bahawa gambaran mental atau visualisasi ini pasti akan berlaku kerana hukum tarikan akan berlaku kesan daripada gelombang visualisasi yang kita pancarkan. Oleh itu, sentiasalah berwaspada dengan visualisasi yang kita lakukan. Pastikan kita sentiasa membayangkan gambaran yang memberi kesenangan kepada kita dan bukannya gambaran kesusahan, kerana ia benar-benar akan berlaku.
Tip 1
Visualisasikan apa yang anda impikan dua kali sehari.
Sebelum tidur, dan selepas bangun dari tidur, adalah masa yang sangat sesuai untuk anda melakukan visualisasi. Sebenarnya tiada had masa yang terbaik yang perlu anda ikuti untuk melakukan visualisasi. Namun, keadaan sebelum tidur, dan selepas bangun dari tidur adalah masa yang menunjukkan anda berada dalam keadaan yang sangat tenang. Ketenangan dan kedamaian fikiran pada ketika ini adalah situasi yang sangat ampuh untuk anda memancarkan gelombang keinginan anda.
Berapa panjang dan lama masa anda bervisualisasi juga bukan menjadi faktor kejayaan keinginan anda berlaku. Sebaliknya, kualiti visualisasi anda itulah yang menjadi penyebab untuk sesuatu impian itu terhasil. Dalam erti kata yang lain, jika anda bervisualisasi tentang kejayaan diri selama 5 minit sebelum dan sesudah bangun dari tidur, dilakukan pada setiap hari, adalah lebih baik dan sempurna jika dibandingkan anda melakukan visualisasi selama 30 minit tetapi hanya dilakukan sebulan sekali.
Apa yang lebih penting adalah, visualisasi yang dilakukan itu haruslah sama dan sepadan pada setiap hari. Jika anda membayangkan akan memiliki sebuah kereta Honda keluaran terkini di pasaran pada hari pertama, maka teruskanlah memvisualkannya pada setiap hari dan tidak mengubahnya kepada jenis-jenis kereta yang lain. Jika anda menukar-nukarkan gambaran mental anda, maka memang sukar untuk kuasa minda separa sedar anda mengetahui perkara yang manakah yang sebenarnya anda impikan. Keadaan kekeliruan ini akan menyebabkan keinginan ini tidak kesampaian, malah hukum LOA juga tidak dapat bekerja dengan jayanya.

assalamualaikum.... sy baru sahaja menemui blog ini dan sy amat tertarik dgn pengisian yang telah berikan oleh penulis... byk benda yg sy telah pelajari mengenai kuasa minda melalui blog ini... sy ingin bertanya samada boleh kah kita bervisualisasi mengenai pelbagai perkara pada satu-satu masa??? adakah dengan bervisualisasi tentang pelbagai perkara akan mengganggu minda separa sedar kita dalam memproses maklumat tersebut??? di harap penulis dpt memberikan jawapan terhadap perkara ini... terima kasih
BalasPadamSalam buat Zapril Zazly...
BalasPadamPada kebuasaannya, kita perlu bermula dengan hanya melakukan satu visualisasi sahaja dalam satu-satu masa. Jangan banyak hingga mengganggu penumpuan dan konsentrasi.
Malah, dalam melakukan satu visualisasi itu, kita perlu visualkan ia hingga ia terjadi sangat jelas dan nyata. Jangan diubah-ubah ia dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Contohnya jika menggambarkan memiliki kereta, pastikan visual kepada satu jenis kereta sahaja. Visual dan bayangkan hingga kereta yang diidamkan itu benar-benar nyata dalam benak dan fikiran kita. Hingga terpancar rasa emosi keseronokan memiliki kereta tersebut...
Jika kita sudah mahir dalam melakukan visualisai ini, barulah boleh dibayangkan beberapa perkara lain selain dari kereta tersebut seperti bayangkan kita memandu kereta tersebut dan diparkingkan ke sebuah rumah banglo dua tingkat. Dalam hal ini menunjukkan yang kita telah melakukan dua jenis visualisasi iaitu 'menarik' kereta idaman tersebut dan banglo.
Apapun, harap anda yakin dan tidak tersasar bahawa setiap impian ini tetap dengan kehendak dan keizinan ALLAH. Kita perlu yakin itu. Kuasa minda adalah milik ALLAH dan dikurniakan kepada semua manusia. Namun, kita belum tentu dapat memiliki apa sahaja yang kita mampu kecuali dengan kehendakNya. Kuasa minda adalah alat, kita adalah pelaksana, penentunya tetap DIA yang Maha Kuasa...
assalammualaikum..saya nk taya...skiranya sya ini soerang pelajar dn msih blum bkerja,bolehkah saya ingin bervisualisasi tntang bnda yg saya thu tak mmpu nk bli tp sya nak bnda tu..cnthnya sprti kereta.. terima kasih.
BalasPadamassalammualaikum...sya nak tya...bolehkah sya ingin bervisualisasi tntang perkara yg sya xmmpu utk memilikinya kerana sya msih blajr....cthnya sperti bervisualisasi utk mndptkn kereta...trima kasih.
BalasPadamSalam buat saudara Amirul Faiz...
BalasPadamVisualisasi bukan dilakukan untuk mendapatkan sesuatu pada masa terdekat ini. Jika anda masih belajar, dan bervisualisasi untuk mendapatkan kereta, bukanlah bermaksud akan akan terus mendapatnya pada masa akan datang. Ia mungkin akan hadir dan terjadi selepas anda bekerja; itu adalah hakikatnya. Namun, tidak salah jika anda mula memvisualkan apakah idaman anda itu bermula dari sekarang.