Ahad, 29 Ogos 2010

Gelombang Otak Manusia ~ Bahagian 2


Gelombang otak tahap alpha akan membuatkan manusia berada dalam keadaan yang sangat sesuai untuk di'program'kan.
Mungkin kita pernah menonton filem yang berkaitan hipnosis, iaitu salah satu kaedah pukauan untuk mengembalikan diri ke sesuatu tempat atau peristiwa yang berlaku sebelumnya. Tahap gelombang otak semasa hipnosis atau terpukau itu adalah pada tahap gelombang alpha. Pada ketika ini, apa sahaja yang disarankan akan dilakukan kita. (Inilah yang berlaku kepada mangsa pukau)

Cuba lihat pula kepada keadaan kita semasa solat.
Kajian turut membuktikan bahawa semasa bersolat, seseorang itu juga berada di tahap alpha, iaitu gelombang otaknya bergetar dengan sangat tenang dan damai.

Hasil perbincangan aku juga dengan salah seorang pensyarahku menemui bahawa perbuatann atau ungkapan yang dilakukan secara berulang juga mempengaruhi pergerakan gelombang otak ke tahap alpha. Keadaan ini digambarkan semasa seseorang itu sedang berzikir, atau melakukan ritual tertentu seperti bertapa.

Bagaimana pula kita nak pastikan keadaan ini menjadi kebaikan kepada kita.
Kebaikannya akan berlaku jika sekiranya kita menyakini dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Perhatikan situasi ini...:

Jam 0415, dalam kedinginan hari yang mencengkam,
bungkam seorang lelaki dari pembaringannya dan menuju ke bilik air, bersuci dan berwuduk. Kemudian dia mendekati sejadah dan menunaikan solat tahhajud, taubat, dan solat hajat. Setelah itu dia berwirid, dan berzikir. Kemudian di susuli dengan menadah tangan dan mula berdoa dengan hati yang tenang. Suaranya antara kedengaran dengan tidak, namun ternyata doanya adalah untuk sesuatu yang menuju ke arah kebaikan...

Situasi di atas menunjukkan bahawa aktiviti solat malam (quamullail) adalah salah satu perkara yang sebenarnya menjurus kepada pembentukan gelombang otak tahap alpha. Pada ketika itu, suasana sangat sunyi dan hening, tiada gangguan, tiada ancaman. Yang ada hanya kita dengan Pencipta kita, berkomunikasi dalam solat dan doa. Pada ketika ini, gelombang otak akan berada di tahap alpha yang akan memprogramkan apa sahaja kehendak yang kita impikan. Jika dalam solat hajat itu kita berkehendakkan kejayaan dalam pelajaran, atau kejayaan dalam kerjaya, atau apa sahaja, maka ketika itu gelombang otak akan memancarkan frekuansinya ke alam.

Sesuai dengan hukum yang ALLAH telah tetapkan, frekuansi itu akan menarik hajat dan kehendak yang sama mendekati kita. Jika kejayaan yang kita impikan/harapkan, maka kejayaanlah yang ditarik. Hal ini akan berlaku dengan mudah kerana pada ketika itu otak kita berada dalam gelombang yang sangat tenang dan sesuai untuk melakukan penarikan frekuansi daripada alam.

5 ulasan:

  1. Semakin banyak kita mengkaji ilmu, semakin terungkap keyakinan dan kehebatan ilmu-ilmu yang ALLAH miliki. Maha Suci atas Kemuliaan ALLAH atas setiap sesuatu...

    BalasPadam
  2. sangat bermanfaat.terima kasih

    BalasPadam
  3. salam terima kasih atas perkongsian.. cuma nak zahirkan ada pendapat mengatakan ketika solat atau apa2 aktiviti yang membuatkan kita rasa dekat dengan Allah adalah pada gelombang thetha bukannya alpha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas teguran tuan, mungkin kesilapan saya menghurai...

      Padam