Salam kedamaian…
Bagaimana dengan ibadat puasa kita? Berpuas hati..? Jika ya, alhamdulillah, kerana kita telah berjaya membentuk diri menjadi hambaNya yang semakin dekat dan bertakwa.
Sedar atauu tidak, kita memang sukar sekali untuk menghadirkan rasa kesyukuran dalam diri kita. Memang ada kadang kala kita merasa bersyukur dan mengucapkannya dengan kalimah pujian kepadaNya, namun yang banyak daripada itu kita terlupa untuk bersyukur.
Kata datukku (Aki) suatu masa dahulu….
“Bila kita berpuasa, kita akan mendidik diri kita untuk menjadi orang yang bersyukur…”
Apabila kita berpuasa, kita akan menjadi ‘sama taraf’nya dengan orang miskin yang tidak dapat makan dan minum. Itulah konsep asas (paling asas) untuk memberi penerangan kepada keadaan ini. Namun, apabila berbuka, kita dapat menikmati apa yang sebelumnya tidak dapat kita nikmati. Maka pada ketika ini, seharusnya terbit rasa kesyukuran dalam diri. Bersyukur kerana akhirnya kita dapat makan dan minum seperti biasa.
Dalam masa sebulan, kita mempraktikkan situasi ini. Maka ia akan menjadi satu bentuk tabiat dalam diri; bersyukur. Maka, jika kita berjaya meneruskan tabiat untuk sentiasa bersyukur ini, pasti kita akan berjaya mencari banyak lagi perkara nikmat yang sebelum ini kita tidak sedari, dan kita akan mensyukurinya…..
ya...syukur ni senang je tapi susah nak buat kan?
BalasPadamHati perlu dididik.
BalasPadamSalah satu bentuk didikan untuk hati adalah bersyukur... Bersyukur ini adalah hubungan langsung dengan pencipta. Melalui bersyukur, kita akan dapat mengajar dan mendidik hati dan diri kita untuk menjadi lebih dekat kepadaNya...