Salam penuh kasih sayang. Semoga kita semua dilimpahkan dengan keberkatanNya…
Apabila berpuasa, kita akan terus ‘menahan’ diri. Bukan sekadar menahan diri daripada makan atau minum di siang hari, malah kita akan menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan ibadat berpuasa itu.
Sungguh hebat ciptaan ALLAH terhadap minda manusia. Kehebatan minda akan memberikan arahan dan perintah kepada tubuh badan untuk dilaksanakan. Dari segi fitrahnya, manusia akan lapar dan dahaga. Fitrah ini memerlukan manusia untuk makan dan minum. Namun, melalui ibadat berpuasa ini, minda dapat memberi arahan kepada tubuh untuk bertahan daripada makan dan minum walaupun berada dalam fitrahnya iaitu lapar dan dahaga. Begitu juga dengan keadaan lain yang mungkin boleh membatalkan puasa itu.
Jika difikirkan, terbukti sudah bahawa kita mampu untuk melakukan apa sahaja dengan arahan minda (dan tentunya daripada keizinan ALLAH). Jika minda kata bertahan, maka bertahanlah diri kita daripada makan dan minum. Hal ini juga dikaitkan dengan taat kepada ALLAH atau dalam bahasa lainnya takwa. Apabila kita patuh dan taat kepada ALLAH, pasti kita akan terus berpuasa kerana kita tahu bahawa ibadat ini adalah perintah daripadaNya yang harus kita laksanakan.
Cuba kita bayangkan, bagaimana jika kehebatan minda dalam memberi arahan untuk berpuasa ini dapat kita laksanakan untuk ibadat dan aktiviti yang lain. Pasti kita akan menjadi seorang insan yang sangat hebat dan berjaya.
Contohnya dalam ibadat solat. Jika minda kita mampu untuk mengarahkan tubuh untuk berpuasa, pasti minda kita juga mampu untuk mengarahkan tubuh untuk khusyuk semasa melaksanakan solat.
Mari sama-sama kita fikirkan….
salam
BalasPadambetul tu KM...segalanya terletak pada minda kita...bagaimana minda kita kawal diri kita kan...
kawan ada cakap jugak pasal ne...dia cakap : contoh kalau makan..kalau minda kita kata kenyang, memang kita akan kenyang dan tak habiskan makanan kita...apa pun..kena set pada minda kita kan..ehheh
hmmm...sgt2 betul.
BalasPadamini semua hasil kuasa minda juga kan?
sebab tu kalau waktu tak puasa, perut mesti lapar kalau tak makan. tapi bila dah niat puasa, takde pulak rasa lapar tu...
Cik Ila...
BalasPadamItu adalah salah satu bentuk kehebatan dalam minda manusia. Kita mampu mengawal diri kita sekiranya berjaya mengawal minda kita.
gadisBUNGA...
BalasPadamBenar dan tepat sekali.
Apa fungsi niat? Niat berfungsi untuk memperteguhkan apa yang kita lakukan. Ia berlaku pada minda. Kita memikirkan tentang niat tersebut, mungkin diungkapkan dengan kata-kata atau cukup dengan lintasan dalam hati. Maka niat itu terlaksana...