Salam kasih sayang daripada Kuasai Minda…
Ramadhan sudah kian hampir ke penghujung. Tidak lama lagi kita akan meninggalkannya, dan diharapkan amalan dan kebaikan yang kita lakukan di bulan mulia ini tidak kita tinggalkan sama seperti hilangnya bulan ini…
Semalam, ada sedikit tazkirah semasa sesi solat terawih. Aku terpanggil untuk menitipkan isi penting dan kesimpulannya di sini.
Kata ustaz yang bertugas semalam, untuk mendapat kemurahan rezeki (sama ada di bulan Ramadhan atau tidak) tidak perlu kepada ‘ibu duit’, tidak perlu kepada amalan zikir yang panjang-panjang (kalau mampu silakan saja), apatah lagi jika kita mengharapkan kemurahan rezeki itu dengan cara yang salah seperti saham berantai, tikam nombor, dan sebagainya.
Apa yang kita perlukan hanyalah mendoakan kesejahteraan ayah dan ibu.
Ya, hanya itu yang perlu dilakukan setiap hari, sekerap yang mampu. Apabila teringat sahaja, terus doakan kesejahteraan ayah dan ibu. Doa tidak semestinya setelah kita selesai bersolat. Sambil melakukan aktiviti harian pun kita boleh doakan kesejahteraan mereka. Doa tidak semestinya yang panjang-panjang, atau dibaca dalam bahasa Arab…Doa boleh dilakukan cukup dengan apa yang kita fahami dan itulah yang lebih baik.
InsyaALLAH, rezeki kita akan dimurahkan ALLAH kerana amalan tersebut.
Sama2 lah kita. :)
BalasPadam