Sabtu, 28 Mei 2011

Bahasa Tubuh…

Salam penuh kebahagiaan…  Salam penuh ingatan buat semua.

Sejak beberapa ketika ini, aku sudah jarang dapat menulis di sini.  Beberapa siri latihan dan kursus terpaksa aku lalui hingga menyebabkan aku tidak langsung dapat bersantai di dunia blog.  Tambahan pula aku sekarang sedang mengumpul bahan dan maklumat untuk membina modul ‘Tak Nak Obes’ (obesiti) untuk murid-murid sekolah rendah.  Pembinaan modul ini walaupun dilakukan secara berkumpulan, namun memang sangat menuntut komitmen dan peranan yang sangat besar.  Apapun, aku berharap agar semua aktiviti dan pekerjaan ini akan membuahkan hasil yang baik dan dapat berguna kepada semua.

Beberapa hari yang lalu, (dalam sebuah kursus) rakanku mencuitku dan berbisik; “Perlukah bahasa tubuh dalam perbualan kita..?”

Aku menjawab dengan tersenyum; “Ya, memang perlu..”

Kenapa aku katakan yang aku menjawab soalan rakanku itu dengan tersenyum.  Aku tersenyum kerana sudah pasti soalan rakanku itu dilakukan kerana tertarik dengan cara, dan gaya penyampaian fasalitator yang melaksanakan kursus tersebut.  Fasalitator tersebut memang dari awal lagi aku perhatikan, mempunyai ciri menarik yang tertentu semasa berbicara.  Bukan hanya sekadar pergerakan tangan dan bahu, malah memek mukanya memang sangat menjadi dan memberi kesan.  Kesan inilah yang mampu menarik perhatian orang yang sedang berlawan bicara dengannya.

Suatu masa dahulu, aku juga pernah mengikuti kursus personaliti dan psikologi manusia.  Dalam kursus ini dibentangkan tentang psikologi manusia dan kesannya yang akan menggambarkan personalitinya.  Salah satu hasil bentangan adalah berkenaan bahasa tubuh.  Tubuh badan manusia berkait rapat dengan minda.  Kita akan menggunakan bahasa tubuh tanpa dikawal oleh minda sedar.  Maksudnya, ia berlaku sendiri tanpa kita sedari.  Walaupun kita berjaya mengawalnya untuk tujuan tertentu, namun pasti ada juga bahasa tubuh yang melambangkan sesuatu yang membuktikan siapa diri kita sebenarnya.

Sebagai contoh, seseorang yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan pasti akan menunjukkan sesuatu tanda pada bahasa tubuhnya yang menggambarkan sesuatu, sama ada dia bersalah atau tidak.  Contohnya wajahnya berubah pucat, berpeluh secara sederhana, tangan selalu digosok-gosok atau digenggam, mata yang tidak tetap pandangan iaitu selalu melarikan pandangan daripada orang yang sedang menyoalnya, atau getaran suara yang tidak teratur…

Semua gambaran tubuh tadi melambangkan getaran mindanya (minda separa sedar) yang dipancarkan kepada tubuh.  Walaupun orang itu berpura-pura seperti biasa, pasti ia akan menunjukkan juga sesuatu tanda tentang situasi sebenarnya.

Bahasa tubuh memang sangat penting.  Kepentingannya berlaku kepada penyampai untuk tujuan menarik perhatian audien, dan kepada penerima untuk mengetahui sama ada penyampaian itu benar atau tidak…

4 ulasan:

  1. betul tu...

    bahasa tubuh amatla penting...ianya reflek dengan apa tindakan kita...;-)

    sebab tu kena perlu berhati2 dengan bahasa tubuh..hehe

    BalasPadam
  2. salam ;)

    hmm,interesting topic. now i can use that for my teaching method.

    dah paham bahasa tubuh bebudak sek. hehe

    http://nukilangadisbiasa.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Salam HonEyBuNNy...

    Betul tu. Tetapi, kekadang kita terlupa untuk mengawal bahasa tubuh itu kerana ia berlaku dengan sendiri. Ia melambangkan terus siapa kita. Ia menunjukkan terus tentang apa yang kita fikirkan. Maka ia sangat sukar untuk dikawal dan dilakonkan. Apa yang boleh dilakukan adalah sentiasa bertenang dan positifkan apa yang kita fikirkan. Pasti bahasa tubuh kita akan memaparkan sikap positif kita itu kepada orang di sekeliling kita...

    BalasPadam
  4. Salam Sarah Khan...
    Moga perkongsian ilmu di sini dapat memberi kebaikan kepada semua...

    BalasPadam