Salam kasih sayang…
Ibu, wanita keramat buat semua orang yang bernama anak. Dialah insan yang sangat hebat dengan kemuliaan dan kesungguhan, dialah insan yang sangat tinggi nilai kasih sayang dan kesabaran. Tanpa dia, kita pasti tidak akan merasa nikmat dalam kehidupan ini…
Kedudukan ibu sangat tinggi di sisi Islam. Malah, ibu berada di tangga ketiga untuk dihormati dan dipatuhi; bermula dengan perintah ALLAH, perintah rasul , dan diikuti dengan perintah ibu. Kemuliaan yang dikurniakan ini adalah kerana azam kuat yang ada pada ibu yang sanggup menempuh segala kesukaran semasa mengandung dan melahirkan kita ke muka bumi ini.
Beberapa bulan yang lalu, aku pernah menghadiri sebuah kursus ringkas daripada pakar motivasi Dr. Tengku Asmadi. Kursus itu dibuat untuk ibu bapa dan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini. Dalam penyampaian yang diberikan, Dr. Tengku menyatakan tentang hubungan istimewa antara ibu dengan anak. Menurut beliau, minda ibu akan sentiasa berhubung dengan minda anak, dan begitu juga sebaliknya. Contoh, apabila si ibu teringatkan anaknya, maka pasti dalam masa yang sama anaknya itu juga akan merasakan perkara yang sama.
Lantaran itu, menurut beliau lagi, jika si ibu berdoa tentang sesuatu pada ketika itu, maka ia akan menjadi doa yang sangat hebat. Contoh, jika anak itu sangat malas dalam pelajaran dan selalu membuang masa, apabila teringatkan sikap anak itu, janganlah mengeluh... Sebaliknya ibu harus berdoa pada ketika itu. Ia boleh berlaku seperti sedang memberi nasihat terus kepada anak… ‘Man, mak sayangkan Man. Belajarlah bersungguh-sungguh, hargai masa dengan mengejar ilmu, kita hidup biar berilmu, nak… Jangan asyik berjalan-jalan saja dengan kawan-kawan. Ulangkajilah pelajaran tu sentiasa. Mak tau Man akan jadi pelajar yang cemerlang…’
Sedar atau tidak, kerana getaran rasa istimewa yang wujud antara ibu dengan anak akan membuatkan si anak (walaupun tidak berada di situ) akan merasakan sesuatu kesan daripada kata-kata dan doa ibu itu tadi. Itulah kehebatan minda ibu yang boleh berhubung terus dengan minda anak.
saya terharu. rasa nak nangis sekarang jugak. padahal hari2 saya jumpa mak. :)
BalasPadambetul tu..
BalasPadamselalu teringat dekat mama bila dia hostel n dia msg selalau berdoa agar berjaya n lulus exam..T-T..tetiba sedih..
saya syg ibu saya...;_0
syg mak sy jugakkkk..
BalasPadamnama gua pun man jugak..
BalasPadamrasa macam nak terus balik kampung je..
;)
BalasPadamsob3x. dah lama tak jumpa mak. rindunyaaa.....
BalasPadamsayangi ibu selagi punya kesempatan =(
BalasPadam