Khamis, 5 Mei 2011

Suasana yang mempengaruhi kita…

Salam penuh kebahagiaan…

Kita mungkin sudah sedar bahawa suasana sekeliling kita mampu untuk mempengaruhi diri kita.  Jika kita berada dalam suasana gembira dan riang contohnya di majlis perkahwinan, maka kita akan dapat merasakan keseronokan dan kemeriahan yang berlaku (walaupun bukan kita yang sedang disandingkan).  Begitu juga jika kita berada dalam suasana suram dan sedih seperti di pengkebumian seseorang.  Suasana sedih itu akan turut meresap dan menjadikan diri kita berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.

Hal ini berlaku adalah disebabkan getaran yang berada dalam emosi.  Jika kita berada dalam kelompok gelombang getaran emosi yang ‘segar’ dan riang, maka kita akan akan turut menarik getaran itu dan menjadi lebih seronok.  Walaupun pada ketika itu kita ada masalah tertentu, namun getaran emosi keseronokan yang banyak daripada orang-orang yang ada di situ akan menyebabkan kita lupa seketika dengan masalah yang kita hadapi.  Kenapa?  Kerana pada ketika itu emosi kita juga menjadi ‘segar’ kerana berada dalam kelompok emosi yang stabil.

Namun jika kita berada dalam kumpulan orang yang sedang berduka, maka ketika itu emosi kita juga akan menjadi tidak stabil dan sama-sama berduka.  Emosi kedukaan yang dipancarkan oleh kelompok orang di sekeliling kita itu akan mempengaruhi emosi kita juga.

Cuba perhatikan, apabila kita memulakan kerja atau persekolahan kita dengan tenang, damai, riang, dan berada dalam kelompok individu yang sama-sama berada dalam kebahagiaan, akan membuatkan hari kita menjadi lebih mudah dan menyenangkan.  Namun jika pada permulaa hari lagi kita sudah bertemu dengan boss atau guru yang marah-marah, pasti hari kita menjadi suram dan tidak seronok sepanjang hari…

4 ulasan:

  1. betul tu...
    berada di persekitaran x best mmbuatkan
    mood kita pun jd x best...

    BalasPadam
  2. betul..tapi bila saya stress kalau boleh nak lari dr persekitaran yang buat saya lagi stress..contohnye bila time2 exam ni saya cuba duduk dengan member2 yang ceria..bukan yg stress sgt belajar...

    BalasPadam
  3. Cik Shiju...

    Hal ni memang benar-benar berlaku. Ia adalah daripada getaran yang dilepaskan daripada dalam diri manusia. Memang sukar untuk menerangkannya namun ia memang wujud. Hanya kita yang mampu merasakannya dan kitalah yang membuat pilihan untuk berada di mood yang mana...

    BalasPadam
  4. Aween...

    Memang itulah tindakan yang sewajarnya. Bila kita stress, cubalah lari ke tempat yang mengurangkan stess tersebut. Situasi tenang, damai, dan santai dapat membantu mengurangkan rasa tekanan itu...

    BalasPadam