Rabu, 4 Mei 2011

5 minit pertama…

Salam penuh kemesraan…

Pada setiap hari, memang banyak perkara dan tugasan yang perlu kita laksanakan.  Pada catatan yang lalu aku telah memberikan satu bentuk teknik pengurusan iaitu membuat susunan tentang perkara mengikut keutamaan yang perlu diselesaikan.  Pada kali ini aku hendak membincangkan pula tentang pelaksanaannya.

Pada kebiasaannya, aku akan memastikan setiap tindakan yang aku lakukan akan memberi kesan dan mencapai kejayaan yang dikehendaki.  Namun, bagaimana kita hendak pastikan bahawa apa yang dilakukan itu akan memberikan kesan kepada kita dan kepada orang lain?

Caranya adalah dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada apa yang kita lakukan itu pada 5 minit pertama.  Contohnya jika kita hendak membaca buku (pelajar yang ingin mengulangkaji pelajaran) haruslah memberikan sepenuh tumpuan kepada bacaan mereka dalam jangka masa 5 minit yang pertama.  Jangan sekali-kali berangan, berkhayal, atau menerawang ke tempat lain dalam jangka masa itu.  Tetapkan bacaan dan fokus dengan sebaik mungkin.  Percaya atau tidak, setelah kita berjaya mengawal diri untuk memberi fokus dalam masa 5 minit pertama itu, maka kita akan tetap dapat terus memberi fokus dalam jangka masa yang lebih lama selepas itu (mungkin lebih daripada 1 jam)

Kenapa 5 minit pertama?

5 minit pertama adalah jangka masa untuk kita menenang dan mengekalkan minda kita terhadap apa yang dilakukan.  Semakin tetap dan fokus perhatian minda kita terhadap apa yang dilakukan, maka semakin kuat penerimaan minda terhadap perkara tersebut.

Satu bentuk gambaran untuk anda…

Ambil sebuah kanta tangan.  Halakan kanta tangan itu ke arah segumpal kapas pada pancaran cahaya matahari.  Cahaya matahari yang melalui kanta tangan itu akan terfokus kepada gumpalan kapas.  Dalam jangka masa 5 minit, cuba jangan bergerak (jangan bergerak terlalu banyak dan ketara) dan biarkan cahaya terfokus kepada gumpalan kapas itu secara terus.  Seketika kemudian, kapas itu akan mula terbakar dan menghasilkan api.

Apa yang dapat digambarkan dalam situasi ini adalah jika kita berjaya mengekalkan kedudukan dan fokus kita terhadap sesuatu dalam jangka masa 5 minit yang pertama, maka kita akan dapat melihat hasilnya dengan lebih berkesan.

6 ulasan:

  1. betul laaaa...


    sebab tu kalau pagi2 kat opis tu dimulakan dgn malas dan nak main2, maka seharianlah keje takkan jalan...

    BalasPadam
  2. tima kaseh bagi kata semangat :)

    BalasPadam
  3. mekasih bg tips..
    biasanya time study dulu mmg camntu..
    dah start brangan mmg x jadi la nak ulangkaji ke apenye...

    BalasPadam
  4. gB...

    Mulakan hari anda dengan ceria...
    :)

    BalasPadam
  5. Angah...

    Teruskan semangat itu...

    BalasPadam
  6. Cik Shinju...

    Apa yang penting adalah kita berusaha untuk mengekalkan fokus dari dalam diri kita.

    BalasPadam