Salam penuh kebahagiaan…
Jika aku pertanya kepada anda; Siapakah anda? Adakah anda dapat menerangkan kepadaku dengan sejelasnya tentang sifat dan perilaku anda sepenuhnya tanda ada suatu perkara pun yang tertinggal? Semuanya; luar dan dalam!
Kenapa isu ini yang kubangkitkan pada penulisan kali ini?
Aku mengutarakan penulisan berkaitan dengan diri adalah untuk membincangkan tentang siapa diri kita sebenarnya. Diri kita bukanlah hanya sekadar apa yang dapat dilihat secara fizikal sahaja. Jika itu sahaja yang menerangkan tentang diri kita, pasti mudah untuk menerangkan tentang diri. Hanya berdiri di hadapan cermin dan membicara tentang gambaran imej yang terpapar…Namun, pada hakikatnya bukan itu sahaja diri kita.
Kita pasti sahaja terdiri daripada dua atau lebih sifat. Sifat yang pertama adalah dari segi fizikal seperti yang dapat diperhatikan dengan jelas. Sifat yang kedua adalah metafizik dalaman seperti perasaan dan emosi. Sifat yang ketiga adalah sesuatu yang lebih tinggi iaitu keyakinan, kepercayaan, dan keimanan.
Pernahkah kita mengenal diri kita melebihi sifat yang pertama sahaja? Pernahkah anda berfikir dan menilai siapa anda melangkaui sifat yang kedua dan ketiga? Jika anda tidak pernah menilai siapa anda, bermulalah daripada sekarang. Nilai diri anda sekarang untuk memastikan anda berjaya membina kejayaan yang lebih cemerlang dan berharga 5 atau 10 tahun dari sekarang.
saya pun ada banyak sifat. ikut angin. sampai kadang2 org naik fed up. kata mereka, terlalu unpredictable. but i'm just being myself.
BalasPadamis it good?
Salam gB...
BalasPadamMenjadi diri sendiri, tidak salah. Namun, kekadang kita perlu menilai sama ada diri sendiri kita itu baik atau tidak, sesuai atau tidak, diterima atau tidak. Jika jawapannya tidak, maka menunjukkan orang di sekeliling kita tidak berapa suka dengan sikap kita. Sikap yang tidak disukai, pastinya sikap yang negatif. Kita sendiri pasti tidak suka dengan sikap negatif, maka kita perlulah menukar sikap itu kepada yang lebih baik.
Sentiasa berfikir dan berubah daripada tidak baik kepada yang lebih baik adalah lebih utama di sisiNya daripada kita melakukan amalan sunat. Oleh itu, marilah kita berfikir dan nilai siapa diri kita dan lakukan perubahan jika perlu...