Salam kasih sayang…
Siapa sahaja diri kita, pasti banyak tugasan seharian yang perlu dibereskan. Ada tugasan yang perlu disegerakan dan ada tugasan yang boleh ditangguhkan dahulu. Jika terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan dalam jangka masa tertentu, mulalah timbul ungkapan ‘tiada masa’, ‘tidak sempat’, sibuk, dan sebagainya.
Percaya atau tidak, masa yang ada pada kita sebenarnya memang cukup untuk melaksanakan semua tugasan itu. ALLAH telah kurniakan masa 24 jam sehari semalam yang cukup untuk semua urusan umatNya. Hanya terletak kepada diri kita sendiri untuk menguruskan masa tersebut untuk melaksanakan semua tugasan.
Cuba kita senaraikan semua tugasan kita seharian. Jangan tinggalkan walaupun satu perkara pun. Kemudian, susun tugasan itu mengikut keutamaan dan kepentingan. Bertindak untuk melaksanakan semua tugasan itu mengikut susunan yang kita sendiri lakukan. Tetapkan masa untuk menyelesaikan semua tugasan itu. Apabila sesuatu tugasan itu telah berjaya diselesaikan, bersyukurlah. Kemudian beralih pula kepada tugasan yang seterusnya.
Jika kita menetapkan masa bagi setiap tugasan itu, maka minda kita akan bekerja dan terus melaksanakan semua tugasan itu mengikut perancangan yang dilakukan. Jika kita yakin dengan tetapan yang dibuat, pasti kita akan dapat melaksanakan semua tugasan itu dengan jayanya…
Arwah ayah saya salu pesan nak buat ape2 pun mesti ade perancangan yg sistematik...baru la teratur setiap kerja kita...
BalasPadam