Isnin, 16 Mei 2011

Jika guru kencing berdiri….

Salam penuh kasih sayang….

Peribadi adalah salah satu seni bahasa dalam pertuturan kita.  Melalui peribahasa ini, sesuatu dapat dinyata dan disampaikan dengan lebih berkesan dan mendalam.  Malah ia akan memberi ‘bekas’ yang sangat nyata jika difahami.

Jika guru kencing berdiri…. adalah salah satu bentuk peribahasa dan pastinya mempunyai maksud tersendiri.  Tetapi, kenapa guru yang dijadikan subjek dan simbol dalam gambaran nasihat ini?

Guru adalah simbol dan gambaran kepada sesuatu yang menjadi ikutan.  Apa sahaja yang dilakukan oleh guru akan diperhatikan oleh murid-muridnya dan akhirnya ditiru.  Malah, peniruan ini akan diubahsuai menjadi sesuatu yang lebih besar lagi…  Jika guru berpakaian kemas, maka murid-muridnya akan memerhati, memperkata, dan berangan-angan untuk kelihatan kemas seperti gurunya.  Keadaan ini akhirnya akan menyebabkan berlakunya peniruan gaya guru tersebut dalam kehidupan anak-anak sekolah tersebut.

Namun, peniruan terhadap perlakuan guru bukan berlaku kepada perkara positif sahaja.  Bagaimana agaknya jika guru berkelakuan tidak senonoh?  Adakah berlaku peniruan tersebut?  Ya, memang akan berlaku!

Jika guru merokok, pasti ia menjadi satu tanda tangan di kalangan anak-anak muridnya.  Manakan tidak, di dalam kelas guru berkata, ‘jangan merokok, rokok itu bahaya…’  Namun di luar kelas anak-anak murid dapat melihat guru menyedut asap bahaya itu!  Peniruan turut akan berlaku pada situasi ini.  Malah ia menjadi sesuatu yang lebih besar lagi.  Hal ini terjadi kerana murid bukan sahaja akan meniru dan cuba meniru perlakuan yang tidak baik, malah ia membentuk satu sifat dan anggapan bahawa apa yang diperkatakan oleh guru tadi tidak boleh dipercayai.  Ini kerana dalam satu keadaan guru berkata jangan, namun dalam keadaan yang lain guru itu pula melakukannya.

Mungkin peniruan berbentuk negatif inilah yang menyebabkan timbulnya ‘…murid kencing berlari’.

Terima kasih cikgu, kerana mendidik aku menjadi dewasa dan berguna…

Terima kasih cikgu, kerana tidak pernah ‘kencing berdiri’ di hadapanku…membuatkan aku tidak tahu untuk kencing berlari…

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum cikgu...

    Allah ciptakan matahari,
    yang tak pernah bosan bersinar,
    seperti halnya semangat dan kasih sayang cikgu dalam mendidik anak-anak bangsa..

    Selamat Hari Guru Cikgu..

    BalasPadam
  2. semoga lebih ramai guru2 yg lebih menyedari tggjwb mereka

    BalasPadam
  3. Abd Razak...
    Semoga kita semua sentiasa ingat kepada jasa guru-guru kita. Ingatan itu akan menjadikan setiap ilmu yang diterima daripada mereka akan kekal dengan penuh kerahmatan.

    BalasPadam
  4. Fitri Senin...
    Tanggungjawab; itulah yang menjadikan sesuatu itu sangat besar. Semoga besar dan beratnya tanggungjawab itu akan menjadi kebaikan kepada orang yang berjaya melaksanakannya.

    BalasPadam
  5. terima kasih juga kepada cikgu2 saya dulu sebab tak pernah jemu membentuk saya menjadi seorang yang terbaik. hanya Allah sahajalah yang dapat membalas kebaikan mereka. :)

    BalasPadam
  6. mohon izin utk share... terima kasih

    BalasPadam