Salam penuh kecemerlangan buat semua…
Bagi diriku sendiri, ilmu hipnosis ini adalah suatu ilmu yang baru. Ilmu ini asing bagiku. Namun, ia ada kaitannya dengan minda manusia. Pada pandangan sesetengah orang, ilmu hipnosis dikaitkan dengan pukau. Mungkin benar, dan mungkin tidak. Ini adalah kerana, perjalanan dan cara pelaksanaan hipnosis kelihatan seperti memukau seseorang, namun sebenarnya ia tidak bersifat pukauan.
Hipnosis berlaku dalam keadaan diri kita berada dalam keadaan yang tenang. Berada antara jaga dan tidur. Tidak dan bukan tidur sepenuhnya seperti terkena pukauan. Lantaran itu, hipnosis tidak boleh dianggap seperti ilmu pukau.
Semasa hipnosis dilakukan, diri kita akan kelihatan seperti ‘tidur’, tetapi kita masih mampu untuk mendengar dan berinteraksi. Dari segi sains kuasa minda, hipnosis adalah cara untuk memasuki ke alam minda separa sedar seseorang dengan cara menghipnosis individu tersebut. Pada ketika itu, kita boleh mem’program’ seseorang itu mengikut apa yang dikehendakinya.
Satu contoh program yang dapat dilakukan melalui hipnosis adalah menghilangkan ketagihan merokok. Umum telah tahu bahawa seorang perokok amat sukar untuk menghentikannya. Ini adalah kerana, tubuh badannya telah memprogramkan bahawa dia perlu mengambil rokok pada ketika dan masa tertentu. Jika tidak mengambil rokok maka ketagihan akan berlaku, kedudukan dirinya menjadi tidak senang dan tenteram selagi tidak menyedut asap rokok. Ini menunjukkan bahawa badannya telah diarah oleh minda untuk menerima rokok pada ketika itu. Melalui hipnosis, diri perokok boleh diprogramkan semula untuk menghentikan tabiat itu. Keadaan ini berlaku apabila minda separa sedar perokok tersebut diaktifkan dan diberikan saranan untuk meninggalkan tabiatnya itu.
Hipnosis adalah satu situasi dan fenomena semula jadi dan natural. Hal ini akan kujelaskan dalam catatan seterusnya….
boleh ke kite buat hipnosis kat diri sendiri?
BalasPadamSalam...
BalasPadamLama x ke sini...
Lepak sini baca n3 lama jap..
hipnosis utk hilangkan ketagihan berfesbuk ada tak? keh3x
BalasPadamencik.boleh wncik pukau saye jadi orang lain.....
BalasPadammacam mana ingin pukau diri
BalasPadammacam mn nak hipnosis orabg lain supaya bercakap benar
BalasPadamleh tak hipnosis saya....saya ni budak lembab....supya jadi luar biasa,,,plesea
BalasPadam