Isnin, 21 Februari 2011

Antara Doa dengan Kuasa Minda

Salam penuh kemakmuran kepada semua…

Sekitar dua minggu yang lalu, aku telah berjaya melalui satu bentuk cabaran yang tidak kurang hebatnya.  Melalui pengalaman cabaran itu telah membuatkan semakin bersemangat dan berkeyakinan bahawa ALLAH itu ada dan terus menguasai kepada setiap sesuatu.  Pengalaman yang dilalui juga telah menguatkan lagi keyakinan dan kepercayaanku terhadap kuasa minda anugerah ALLAH kepada setiap manusia.  Namun begitu, biarkan sahaja ia menjadi kenanganku.  Kerana aku takut jika aku terus mengingatinya, ia akan terus ‘memburu’ku…

Namun apa yang menjadi keyakinan aku bertambah adalah berkenaan Hukum Tarikan.  Dalam hukum tarikan, semakin kuat kita menginginkan sesuatu itu maka semakin kerap atau semakin hampir ia dengan diri kita.  Namun, jika kita tidak memikirkannya, maka semakin jauh dan semakin hilang ia daripada kehidupan kita.

Namun begitu, doa adalah sesuatu yang sangat penting.  Ini adalah kerana, hukum yang ada tetap kepunyaanNya jua.  Jika DIA tidak mengizinkan hukum alam ini terlaksana maka pasti ia tidak akan terlaksana.  Maka doa dan permintaan terus kepadaNya adalah sesuatu tindakan yang akan terus menguatkan kuasa minda dalam diri manusia.

Doa boleh dilakukan setiap masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, tanpa ada masa ‘henti’ atau cuti.  Namun, doa yang dipinta haruslah selari dengan apa yang kita inginkan dan apa yang kita rasakan.  Contohnya jika kita berada dalam keadaan sakit, kita berdoa minta disembuhkan.  Namun dalam masa yang sama kita sentiasa memikirkan yang penyakit kita itu pasti tidak dapat disembuhkan lagi.  Maka apakah agaknya nilai doa kita tadi?

Bernilai atau tidak doa itu tidak dapat aku pastikan.  Namun yang pasti adalah dalam diri kita sendiri akan merasa ‘jatuh’ dan tidak bersemangat jika dalam berdoa kita meminta agar disembuhkan, namun dari dalam fikiran kita menidakkannya.  Maka pasti diri kita sendiri akan menolak apa sahaja yang mungkin akan berlaku.

Ingatlah bahawa kuasa ALLAH adalah kuasa yang mutlak.  Namun, ALLAH telah menjanjikan bahawa kita; manusia, dijadikan sebagai sebaik-baik makhluk.  Ketinggian darjat kita berbanding semua makhluk yang lain adalah daripada kurniaan terhadap akal dan fikiran.  Akal dan fikiran inilah yang melaksanakan hukum alam yang terlibat dengan kuasa minda manusia.  Maka sama-samalah kita mencari jawapannya dan menjadi orang yang hebat minda untuk menjadi manusia yang hebat untuk melaksanakan semua tugas kita di sini dan di sana nanti… 

4 ulasan:

  1. sebenarnya kite kena percaya dan yakin bahawa segala permintaan kita didengari oleh Allah...

    segala sifat positif ni perlu dilatih dan perlu sentiasa diingatkan. nasib baik ada entri yg bagus ni. terima kasih. :)

    BalasPadam
  2. aku pun sama, menghadapi cabaran yg agak mencabar kekuatan iman. tp aku terima. kena redha, mesti ada hikmah.

    BalasPadam
  3. gB...

    Semoga kita semua saling ingat mengingatkan antara kita. Jika ada kekurangan dan perkara yang perlu dibincangkan, marilah kita sama-sama berbincang. Agar semua kebaikan ilmu ini dapat dikongsi bersama....

    BalasPadam
  4. -CG-....

    Apa cer?
    Harap tabah menghadapi semua cabaran ini. Apa yang pasti, apabila kita berjaya melaluinya, kita akan menjadi lebih 'dewasa' dan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang lain pula..

    BalasPadam