Sepasang suami isteri yang bekerja sebagai pemungut buah kelapa sawit, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka setelah seharian bekerja di ladang. Dengan menaiki motosikal Honda C70 yang sudah agak uzur, mereka meninggalkan ladang dengan perasaan yang sangat riang kerana baru sahaja menerima upah kerja selama seminggu.
Suami | Nanti bila ada duit lebih, abang akan belikan kereta untuk kita |
Isteri | Alah, tak payah lah kita nak berangan, bang… |
Perbualan mereka bermula apabila ada sebuah kereta Honda cantik kepunyaan tuan ladang kelihatan diparking di bahu jalan. Mungkin tuan ladang bersama dengan mandur sedang meronda di dalam sana…
Suami | Alah…bukan nak beli kereta yang besar. Kereta lama yang masih boleh jalan pun dah ok le tu… |
Isteri | Alah bang oi…kita ni dah ada motor buruk ni pun dah patut bersyukur dah ni… |
Motosikal uzur bersama dengan sepasang suami isteri yang keletihan itu terus berlalu membelah samar-samar senja menuju ke rumah mereka…
Situasi di atas adalah salah satu bentuk perbualan yang sering kita / aku sendiri, mendengarnya. Di manakah agaknya kuasa perkataan, kuasa pemikiran, kuasa emosi yang wujud dalam perbualan itu? Dan apakah agaknya kesan yang akan berlaku kerana pemikiran, perkataan, dan emosi yang hadir semasa situasi ini berlaku? Sama-sama kita fikirkan.
nice je husband & wife ni. ada setengah wife, akan merungut dgn kesusahan hidup.
BalasPadamKata2 boleh mempengaruhi minda kan?
BalasPadamSamada pemikiran dan perkataan -ve isteri memberi kesan -ve kepada suami ataupun pemikiran dan perkataan +ve si suami boleh memberi kesan +ve kepada isteri...
macam soalan teka teki ni.
BalasPadamtapi yg pasti suami isteri ni berjaya berkomunikasi. takde la senyap aje... :)
impian sgt penting n pengaruh minda juga memberi impak dlm hidup.fikirkan apa yg kita nak dan perlu...
BalasPadam