Selasa, 2 Mac 2010

Salam pembukaan

Salam sayang untuk semua.

Rasa terharu kerana ini adalah post pertama aku dalam blog ini. Bukan kerana pertama kali aku menulis di blog, tetapi ini adalah tulisan pertama aku dalam blog yang baru ini. Blog aku yang lama sudah dimusnahkan akibat serangan virus. Segalanya kerana aku terlalu banyak memasukkan turutan blog daripada teman-teman dan blog-blog yang aku minati. Rupanya dalam salah satu daripada blog yang aku ikuti itu terkandungnya virus internet tahap gaban yang akhirnya memusnahkan blog lama aku.

Kini, ibarat memulakan hidup baru...
Aku menulis lagi dalam blog baru ini untuk mengisi kepuasan hidup. Memang minat aku dalam penulisan. Lantaran itu aku akan terus menulis dalam blog ini untuk renungan aku dan renungan kalian yang mungkin 'tersesat' ke sini.

Semoga apa yang aku tuliskan nanti akan memberi faedah dan manafaat kepada diriku dan kalian yang membacanya. Jika ada kekurangan atau fakta yang tidak dipersetujui, maka aku mengalu-alukan kalian untuk menegurku.

3 ulasan:

  1. tersesat kesini dan sedang marathon entri by entri :)

    BalasPadam
  2. yess, same goes to me. sy tersgt minat dgn ilmu loa n

    BalasPadam
  3. sejak semalam sy tersesat dn menjumpai blog ini...rupa2nya sesat sy itu krana allah nk temukn sy dgn ruangan ini agar trjawab tntang persoalan minda sy yg kacau...terima kasih kerana tuan mewujudkan ruangan ini

    BalasPadam