Salam penuh kedamaian…
Aku kembali menulis di sini setelah seminggu tidak dapat ber’internet’. Kisah dan perjalanan kehidupanku seminggu yang lalu memang sangat menguja dan memberi perangsang dalam kehidupan aku ini. Manakan tidaknya, aku telah berada dalam dunia yang sangat aku minati iaitu aktiviti pendidikan luar. Walaupun latihan dan aktiviti yang dijalankan sangat mencabar, namun cabaran itulah yang menjadi pendorong kepada kami semua untuk meneruskan kejayaan dalam kehidupan ini.
Ada yang berkata, cabaran atau masalah yang berlaku adalah perkara perit yang mungkin akan membuatkan kita gagal dalam kehidupan. Pada pandanganku, pendapat itu adalah pendapat orang yang lemah daya saing dan daya juangnya. Seharusnya, semakin hebat dan kuat cabaran yang berlaku kepada kita, maka kita akan dan harus menjadi orang yang lebih hebat. Cabaran atau masalah berlaku bukan untuk memusnahkan kita, sebaliknya ia berlaku adalah untuk memberi kekuatan dan semangat kepada kita agar kita menjadi orang yang lebih hebat dan cekal.
Jika hidup tanpa cabaran, seolah-olah kita sentiasa berada dalam keadaan senang dan damai… Ini menjadikan kita lebih leka dan tidak bersemangat kerana kita berada di ‘zon selesa’. Namun, dengan adanya cabaran dan rintangan akan membuatkan kita akan terus melangkah dan berusaha mencari jalan mengelakkan cabaran dan rintangan itu.
Teruskan bersemangat dalam kehidupan ini…
Sebut berkenaan cabaran, bermula esok kita semua akan memulakan semula cabaran dalam kehidupan kita setahun yang lalu. Cabaran ini memang memberi kesan yang hebat kepada diri kita sendiri. Cabaran yang aku maksudkan adalah berpuasa di bulan Ramadhan. Memang kita sudah terlalu biasa dengan amalan dan ibadat puasa ini, namun aku tetap katakan ia adalah cabaran kerana berpuasa bukan hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja, malah kita harus menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang mungkin boleh mengurangkan pahala puasa. Hal inilah sebenarnya cabaran yang paling hebat dalam berpuasa.
Selamat berpuasa, semoga puasa kali ini dapat membentuk keperibadian diri kita yang lebih unggul berbanding tahun-tahun yang lalu….
Salam ramadhan
BalasPadamselamat berpuasa..
BalasPadamselamat menjalani ibadah puasa bro.. :)
BalasPadam