Jumaat, 15 Julai 2011

Lamanye….

Salam buat semua…

Sudah terlalu lama aku tidak dapat menjengok ke sini.

Sudah terlalu lama aku tidak dapat pertandang ke blog kalian.

Sudah terlalu lama….

Aku terperangkap dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan komitmen aku di tahap paling tinggi.  Ini menyebabkan aku tidak berpeluang untuk menulis di sini.  Hari ini dan esok juga, aku terlibat dengan satu program kejurulatihan.  Walaupun biasanya hari ini dan esok tidak bekerja, namun kerana arahan jabatan, maka aku meneruskannya…

Minggu depan juga jadualku penuh dengan aktiviti.  Pertandingan kawad kaki peringkat negeri dan satu kursus kejurulatihan pada keesokannya.  Badan memang penat.  Namun jiwa terus bersemangat.  Lantaran kesibukan pada minggu depan, aku cuba juga menulis di sini pada hari ini.  Sekurang-kurangnya untuk menenangkan jiwaku dalam berbloging.  Dengan menulis sedikit catatan hari ini, lepaslah sudah rinduku untuk menulis.

P1010747

Gambar ini adalah semasa pertandingan kawad kaki peringkat daerah yang lalu.  Aku bersama dengan pasukan sekolahku…  Namun kami hanya berjaya di tempat kedua.  Memang frust dan kecewa, terutama sekali bagi pasukanku yang memang menjangkakan akan menang mutlak.  Namun keputusan hakim adalah muktamat.  Tambahan pula semua hakim yang mengadili pertandingan itu adalah yang berkelayakan kelas A.  InsyaALLAH usaha akan diteruskan pada tahun hadapan.  Moga pasukan ini berjaya membuktikannya nanti….

5 ulasan:

  1. Tahniah! Tempat kedua pun hebat..
    Cuba lagi tahun depan..Chayok!! :)

    BalasPadam
  2. tempat kedua pun hebat lah! tahniah!

    BalasPadam
  3. dah sebulan tak menulis dalam blog.. dapat coret sikit pun dah berupaya melepas rindu dendam..

    sama la kita bro..

    hahaha..

    BalasPadam
  4. Cik Shinju, dan GB...

    Terima kasih...Usaha akan dipertingkatkan nanti, insyaALLAH...

    BalasPadam
  5. AZMAN...

    Memang terasa berbekas di dalam jiwa, kan?

    BalasPadam