Salam penuh kebahagiaan…
Minda adalah merupakan elemen kehebatan manusia yang utama. Minda, akal, dan fikiran, merujuk kepada suatu perkara yang hampir sama namun tetap ada perbezaannya. Apapun, ia melambangkan kehebatan dan kebijaksanaan seseorang dalam melakukan sesuatu keputusan, tindakan, dan perancangan. Andai kita tiada minda, pasti kita dapat menggambarkan bagaimana kita hendak menobatkan diri sebagai makhluk terhebat…?!
Namun sayang sekali, walaupun manusia dikurniakan dengan minda yang hebat, tetapi masih ada yang tidak menggunakannya dengan sebaik yang mungkin. Hal inilah yang menunjukkan manusia boleh menjadi hebat dan mendapat doa daripada malaikat, atau mungkin menjadi sangat tidak hebat sehingga setaraf dengan haiwan. Apabila kita dapat menggunakan minda dengan baik, maka kita akan dapat menentukan keputusan yang memberi kepuasan kepada semua. Tindakan yang diambil mungkin akan mengira semua aspek dan kepentingan. Apa yang paling utama adalah minda akan memandu kita untuk menjadi seorang manusia yang sangat hebat dalam tindakan dan perancangan kita.
Minda manusia terdiri daripada dua jenis; minda sedar dan minda separa sedar.
Minda sedar adalah minda yang aktif apabila manusia sedar atau terjaga. Ia akan melakukan keputusan tertentu dalam tindakan semasa manusia sedang sedar. Namun, apabila manusia tidur, maka minda sedar juga akan turut tidur. Biasanya minda sedar ini digunakan dalam membina pemikiran, membuat keputusan nyata, mengingat, dan sebagainya. Ia berlaku lebih kepada apabila manusia sedang sedar dan hendak menggunakan akal.
Minda separa sedar pula adalah minda di luar kawalan manusia secara langsung namun kita masih dapat mengawalnya secara tidak langsung. Minda ini akan aktif dan bekerja tidak kira sama ada manusia sedang sedar (berjaga) atau sedang tidur. Hakikatnya, minda ini akan terus bekerja dan melaksanakan tugasnya walaupun tanpa pengawasan kita. Sebagai contoh, kawalan tindakan refleks kepada pernafasan. Kita tidak pernah belajar untuk bernafas, malah kita tidak langsung merasa untuk mengawal pernafasan kita, sama ada semasa sedar atau semasa tidur. Ia (bernafas) berlaku secara semula jadi. Kawalannya berlaku pada minda separa sedar.
Dalam kehidupan ini, hanya 10% hingga 28% sahaja manusia yang sedar dan tahu, serta menggunakan kehebatan minda separa sedar. Selebihnya, mereka tidak tahu tentang minda separa sedar dan tidak menggunakan kehebatannya. Golongan yang tidak mengetahui ini hanya menyangkakan bahawa manusia hebat kerana hanya menggunakan akal dan fikiran. Ya, memang benar, kehebatan manusia kerana adanya akal yang boleh berfikir secara rasional, namun sebenarnya bukan terhenti kepada berfikir sahaja. Kehebatan minda manusia lebih besar daripada itu. Hanya golongan yang mengetahuinya sahaja dan berjaya menggunakannya dengan baik dan optimum akan dapat berjaya menguasai minda separa sedar.
Bagaimana untuk menguatkan minda sedar dan minda separa sedar?
Jika minda sedar, kita boleh menguat dan mengaktifkannya dengan cara banyak membaca, berfikir, berdiskusi, dan melakukan sesuatu yang inovasi. Pada ketika itu, minda akan menjadi aktif. Keaktifan ini akan menyebabkan lebih banyak neuron dalam otak akan berkembang dan berhubung antara satu sama lain. Hal ini akan menjadikan minda sedar itu berfungsi dengan lebih baik dan berkesan.
Minda separa sedar juga boleh diaktif dan diperkasakan. Beberapa aktiviti seperti melakukan visualisasi, dan membuat pernyataan diri (affirmasi) boleh dilakukan untuk menguat dan mengaktfikan minda separa sedar. Jika kita melakukan aktiviti yang dinyatakan tadi, kita tidak membina lebih banyak neuron dalam otak. Tetapi untuk aktiviti ini kita akan menghasilkan lebih banyak getaran dalam frekuansi alam. Getaran ini akan menerawang dan berlegar untuk menarik perkara yang sama untuk bersama dengan kita. Itulah perbezaan antara minda sedar dengan minda separa sedar.
Apapun, yang penting sekarang, bersyukurlah kita kerana dikurniakan dengan ‘minda’. Menggunakan minda dengna baik akan menyebabkan kita akan memperkasakan lagi kehebatan diri kita sebagai makhluk terhebat. Minda yang baik akan mempengaruhi kehidupan yang baik….
SALAM,
BalasPadamTKASIH ATAS PERKONGSIAN.
dulu macam pernah belajar pasal minda neh.sekarang dah lupa...
BalasPadamne baru ingat balik..kena aktifkan minda la..kadang2 minda ne kurang berfikir...hehe