Salam penuh keindahan daripada aku buat kalian….
Untuk meningkatkan kepercayaan terhadap sesuatu, kita perlu diperlihatkan dengan bukti; kalau ada bukti, baru le percaya! Apabila kita melihat sesuatu yang ada kaitan dengan hal yang ingin dipercayai maka meningkatlah tahap kepercayaan tersebut. Sebagai contoh, apabila ada orang menyatakan bahawa ubat ini baik untuk penyakit itu dan ubat itu baik untuk penyakit ini. Melalui pendengaran, kita mungkin hanya sekadar mendengar, atau jika lebih dari itu kita hanya teruja dengan apa yang diperkatakan. Namun, jika diperlihatkan dengan bukti yang boleh dilihat, maka kita membentuk satu kepercayaan yang lebih jelas. Lantaran itu, sekarang ini banyak syarikat yang menjual ubat cukup hanya menunjukkan gambar kejayaan produk tersebut dengan memaparkan ‘gambar sebelum’ dan ‘gambar selepas’. Kenapa? Kerana melalui penglihatan, kita mampu untuk membentuk satu kepercayaan.
Minda manusia menghasilkan imej. Walaupun sesuatu maklumat itu ditulis dengan perkataan, namun imejlah yang akan terbentuk dalam minda manusia. Sebagai contoh, apabila kita membaca perkataan epal, apa yang terhasil di minda kita bukanlah [e-p-a-l] itu tetapi sebaliknya imej sebiji epal. Begitu juga jika perkataan yang dibaca adalah perkara yang berkaitan dengan hal abstrak contohnya ‘bahagia’ maka minda akan tetap cuba mentafsirkannya dalam bentuk imej seperti menggambarkan keseronokan sebuah keluarga atau sepasang kekasih, demi menggambarkan imej kepada bahagia tersebut.
Ini menjelaskan bahawa minda adalah sangat rapat dengan imej. Minda akan menjelaskan sesuatu dengan memaparkan imej dan kita akan menjadi lebih faham dan jelas. Bagaimana perkaitannya dengan kepercayaan? Apabila minda telah memaparkan sesuatu dengan jelas (dalam bentuk imej atau gambaran) maka kita akan dapat menerima sesuatu dengan lebih mudah.
Catatan berikutnya akan menjelaskan sesuatu berkaitan hal ini…
selalunya testimoni ubat kurus, rambut, kosmetik lah kan..
BalasPadamSalam ziarah...
BalasPadamMaaf lama x menyinggah..
bz sgt plus lappy kena virus baru2 ni...
Byk dah ilmu yg saya ketinggalan neh..
GC...perasan atau tidak, pengiklan terpaksa 'memburukkan' terlebih dahulu muka model tersebut, kononnya ada jerawat atau kedut, kemudian lepas guna produk terus jadi cantik dan ayu...
BalasPadamIni hanya penipuan minda separa sedar yang cuba mempengaruhi minda manusia agar menerima saranan bahawa produk tersebut memang baik dan mujarab.
Cik Shinju...
BalasPadamSaya pun memang agak sibuk beberapa ketika ni. Saya pun dah jarang bw sekarang. Baru sahaja siap latihan scuba dan sekarang tengah sibuk buat modul tak nak obesiti utk budak2 sekolah rendah.
Kekadang kesibukan ini mengajar kita untuk terus berkejaran. Dan beruntunglah orang yang berjaya mengejar tanpa tertinggal. Bagi orang yang tertinggal, bukan bermakna rugi besar, cuma ia perlu lebih kuat mengejar untuk terus mendapatkan apa yang diimpikan.