Rabu, 8 Jun 2011

Kehebatan Manusia

Salam kedamaian buat semua…

bayi Gambar daripada internet

Manusia adalah makhluk terhebat ciptaanNya.  Ini dijelaskan dengan anugerah dan amanah yang ALLAH kurniakan kepada manusia untuk bertugas sebagai khalifah di bumi.  Anugerah dan amanah ini langsung tidak terpikul oleh makhluk-makhluk ALLAH yang lain.  Kehebatan manusia juga terlihat pada perintah ALLAH kepada semua malaikat untuk tunduk hormat kepada manusia pertama; Nabi Adam a.s.

Hebatkah kita?  Penilaian ini perlu kita lakukan secara kendiri tentang kehebatan kita.  Adakah kita telah berusaha dan berjaya melaksanakan tugas kita di bumi?  Atau, adakah kita hanya mensia-siakan kehebatan yang ALLAH pinjamkan kepada kita? 

Sebagai manusia, kita mampu menjadi makhluk yang terhebat sehingga semua malaikat di langit mendoakan kita.  Dan tidak mungkin terkecuali jika kita memilik untuk menjadi tidak hebat dengan melakukan perkara yang ditegah, hingga kita diiktiraf setaraf dengan binatang!  Hanya kita yang mampu membuat penilaian dan penilaian itu menentukan pilihan kita yang sebenarnya.

Dalam sebuah rangkaian televisyen, aku pernah melihat bagaimana manusia sanggup menyelamatkan seekor anak kuda yang terjatuh ke dalam lopak air dan tersangkut.  Hebat manusia, binatang pun sanggup diselamatkan nyawanya.  Dalam rangkaian yang sama, aku dipaparkan dengan kebejatan jiwa manusia yang sanggup membuang anaknya sendiri seperti sampah.  Hebatkah manusia?

Melalui pembacaan, penilaian, dan kajian yang dilakukan, terdapat beberapa elemen yang menunjukkan seseorang manusia itu hebat.  Elemen-elemen yang dimaksudkan adalah :

  1. Minda
  2. Hati
  3. Kesedaran
  4. Emosi
  5. Nafsu

Sama-sama kita kaji adakah elemen-elemen ini benar-benar wujud dalam diri kita untuk menjadi manusia hebat…

8 ulasan:

  1. alhamdulillah... Allah Maha Hebat menjadikan manusia hebat! terima kasih untuk perkongsian ni... :)

    BalasPadam
  2. kesemua elemen-elemen tu penting kan...

    tapi kadang2 kita terlebih di kawal oleh nafsu...patut la nafsu di bwh.dan yang penting minda kita...cara kita berfikir secara rasional..

    BalasPadam
  3. ye..betul tu...kalo kita blh kawal semua 5 elemen tu mmg kita blh menjadi manusia yg hebat

    BalasPadam
  4. elemen2 ni pulak kena seimbang, kalo tak binasa. kalau elemen nafsu terlebih, punah ranah.

    BalasPadam
  5. ALLAH Maha Hebat...telah menciptakan manusia menjadi makhluk hebat. Namun kadang kala manusia lupa dan alpa hingga dia merasakan dia lebih hebat daripada segalanya. Sebab itu kemungkaran terus berlaku kerana mereka terlupa siapa yang lebih hebat...

    BalasPadam
  6. HoneyBunny...

    Apabila manusia meletakkan nafsu sebagai raja melebihi akal dan mindanya, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku...

    BalasPadam
  7. Fitri Senin...

    Semua elemen itu penting buat manusia. Memang sewajarnya kita perlu menggunakannya dengan seimbang untuk menjadi manusia hebat...

    BalasPadam
  8. GC...

    Nafsu menjadi raja, badan akan merana...

    BalasPadam