Isnin, 13 September 2010

Membentuk Tabiat


Tabiat atau disebut sebagai habit atau kebiasaan dalam diri adalah suatu perkara yang dilakukan secara berterusan dalam kehidupan.




Pernah dengar tentang frasa 'sudah menjadi tabiat'?


Menjadi tabiat bermaksud sesuatu perkara itu sudah menjadi kebiasaan yang dilakukan setiap hari atau masa. Jika tidak melakukannya, mungkin seseorang itu dianggap tidak sempurna, berada dalam situasi meresahkan atau dianggap 'buang tabiat'.




Apabila bercakap tentang tabiat, ada antara kita yang menganggap ia adalah suatu perkara negatif. Sebenarnya, tabiat bukanlah hanya melakukan perkara negatif sahaja. Perkara-perkara positif juga boleh menjadi tabiat seseorang.




Tabiat negatif;


Menggigit kuku, berangan, merokok, melepak, bergosip.




Tabiat positif;


Membaca Al-Quran atau buku, bangun di awal pagi untuk bersolat, tersenyum, dan sebagainya.




Apabila sesuatu perbuatan itu dididik dan dilakukan secara berterusan, maka ia menjadi tabiat kepada kita. Lakukanlah perkara-perkara baik dan positif untuk menjadi tabiat kepada diri kita. Maka kebaikan itu akan terus terjelma dalam kehidupan kita.




Mungkin pada awalnya ia adalah sesuatu yang agak sukar untuk dilakukan. Tetapi apabila dipraktikkan secara berterusan, maka perkara itu menjadi sesuatu yang mudah untuk kita laksanakan. Malah, jika tidak dilakukan, kita akan merasa resah dan gelisah sehinggalah kita dapat melaksanakannya.




Contohnya, pada bulan Ramadhan yang lalu, kita telah mendidik diri untuk membaca Al-Quran setiap hari. Ada antara kita yang berjaya membaca satu juzuk setiap hari sehingga khatam Al-Quran dalam bulan puasa. Pada seminggu yang pertama, mungkin kita merasa sukar untuk melakukannya, namun jika dilakukan secara berterusan, maka perkara itu menjadi suatu yang mudah. Hal ini adalah kerana kita telah menjadikannya suatu tabiat. Oleh itu, teruskanlah membaca Al-Quran selanjutnya pada masa kini dan seterusnya. Biarpun selepas Ramadhan kita tidak mampu untuk membaca satu juzuk setiap hari (kerana kesibukan atau buat-buat sibuk), teruskan membaca satu muka surat untuk menjadikannya sebagai tabiat dalam kehidupan kita...
Apa pula tabiat kita selama ni ye..?

5 ulasan:

  1. salam.

    satu nasihat yang sangat bagus. insyaAllah saya akan cuba setakat mana terdaya membaca Quran setiap hari.

    BalasPadam
  2. Yup !
    setuju dgn tuan Al-Lavendari ..Insyallah..

    Tabiat saya suka senyum ..boleh tak ?

    BalasPadam
  3. Tn Hj AL;
    semoga kita semua dapat menjadikan Al-Quran sebagai sahabat sejati dalam kehidupan ini...

    Linda;
    Tabiat senyum adala suatu tabiat yang sangat baik... Cuba baca link ni...
    http://kuasai-minda.blogspot.com/2010/03/senyuman.html

    BalasPadam
  4. tabiat positif kena amalkan tuh... :-)

    BalasPadam
  5. Semakin banyak tabiat positif yang kita amalkan, semakin banyak perkara positif yang akan kita perolehi...

    BalasPadam