Isnin, 27 September 2010

Menuju Kejayaan... ~Bicara 2

Setelah kita menetapkan apa yang kita mahukan,
Langkah seterusnya adalah melaksanakan tindakan..!

Jika kita hanya ada keinginan untuk mendapatkan sesuatu, namun tidak berusaha untuk mendapatkannya, maka ia hanya sekadar berangan-angan. Beza antara angan-angan dengan impian adalah pada langkah kedua ini iaitu tindakan.

Sebagai seorang yang hendak berjaya, tindakan yang diambil haruslah bijak.
Mungkin kita akan gagal pada tindakan yang diambil untuk mendapatkan apa yang kita ingini.
Ini bukanlah bermakna kita tidak layak untuk mendapat kejayaan itu.
Ia hanya sekadar satu situasi dan keadaan yang akan terus mematang dan menambahkan lagi kemanisan pada kejayaan yang bakal kita perolehi.

Langkah kedua ini adalah perkara yang agak penting dalam menuju kejayaan.
Tindakan yang betul atau salah, akan mempengaruhi kejayaan yang akan diperolehi.

3 ulasan:

  1. insyallah... bangkit dari kegagalan adalah satu proses untuk berjaya...

    BalasPadam
  2. Semua orang yang berjaya, bermula dengan orang yang gagal.

    Tapi kalau selalu sangat gagal hingga menyebabkan seseorang itu terus menyerah, susah le sikit nak komen apa-apa. Namun, kegagalan dan disusuli dengan kejayaan itulah yang menjadikan sebuah kejayaan itu lebih bererti...

    BalasPadam