Sabtu, 9 Februari 2013

Fokus Emosi…

Salam kedamaian buat semua…

Catatan ini adalah sambungan kepada penerangan berkenaan Fokus…

Dalam catatan yang lalu, KM telah terangkan bagaimana pentingnya kita melakukan fokus terhadap impian.  Teruskan melakukan fokus yang baik terhadap impian yang baik dalam diri kita.  Pasti, sedikit demi sedikit ia akan mendekati kita dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan.

Selain itu, emosi juga harus difokuskan kepada perkara yang sama.  Apa yang KM maksudkan dengan fokus emosi?  Fokus emosi adalah aliran perasaan kita yang seiring dengan impian.

Contohnya, jika kita memfokuskan kepada usaha untuk mendapatkan sebuah rumah, maka emosi kita juga harus seiring dengan fokus yang dilakukan.  ‘Ciptakan’ perasaan yang teruja untuk memiliki rumah tersebut.  Sentiasa ingat, dan rasakan kegembiraan untuk memilikinya.

Masalah yang ada ialah, kekadang kita terperangkap dengan emosi yang tidak stabil.  Ada kalanya kita merasa bimbang, ragu-ragu, dan tidak yakin untuk memiliki rumah kita.  Sebab itulah, emosi juga harus dikawal dan difokuskan kepada perkara yang menjurus kepada impian tersebut.

Sebenarnya, emosi yang ada dalam diri kita lebih kuat dan hebat kuasa tarikannya berbanding usaha fizikal.  Ini bermaksud, jika kita berusaha secara bersungguh-sungguh dalam satu hal, namun ada rasa ragu-ragu dan bimbang dalam diri, maka usaha yang kita lakukan itu hanya sia-sia sahaja. 

Lantaran itu, berusahalah untuk mengawal emosi.  Pastikan kita memiliki fokus emosi yang sama dengan apa yang kita fokuskan.

2 ulasan:

  1. bagus entry ni,. btol tu, kita perlu bijak mengawal emosi.. masa fiq sem 2 foundation dulu, ktorg ada blajar subjek kecerdasan emosi..huhu :)

    BalasPadam
  2. Emosi kalau dah kacau, semua perkara yang kita buat pun pasti 'kacau' juga...

    BalasPadam