Isnin, 31 Disember 2012

Lebah dan lalat…

Salam kasih sayang daripada KM buat semua…

Mari kita fikirkan tentang dua makhluk ciptaan ALLAH.  Pertama, lebah.  Serangga yang bernama lebah ini adalah ciptaanNya yang menghisap madu.  Lebah hanya mendapatkan madu daripada bunga yang terbaik sahaja.  Ya benar, bunga yang terbaik sahaja.  Bunga yang tidak baik, tidak akan dihampiri oleh lebah.  Justeru, akhirnya kumpulan lebah ini akan mengumpul dan menghasilkan madu yang terbaik juga.  Kebaikan dan keunggulan madu yang terbaik inilah yang akan memberi manafaat kepada manusia.

Serangga yang kedua pula adalah lalat.  Lalat akan ‘menghisap’ benda-benda kotor seperti makanan busuk, tahi, sampah, bangkai, dan sebagainya.  Oleh kerana dia mendapatkan hasilan daripada bahan yang kotor, maka hasilnya juga akan kotor.  Tahi lalat yang ada pada makanan contohnya akan menyebabkan makanan itu sudah tidak bernilai dan akan dibuang begitu sahaja.

Perumpamaan ini boleh dimasukkan ke dalam kehidupan kita seharian.  Adakah kita lebah atau lalat?  Andai kita ini lebah, maka beruntunglah organisasi kita kerana kita dan pasukan akan menghasilkan kerja yang terbaik.  Namun jika kita ini ‘lalat’ yang asyik menghurung perkara-perkara tidak berfaedah, maka hancurlah organisasi kita.

2 ulasan:

  1. dan kedua-duanya ada disebut dalam alQuran. :)

    BalasPadam
  2. Betul, kedua-duanya ada dalam Al-Quran, moga sama-sama kita fikirkan maksud di sebaliknya...

    BalasPadam