Rabu, 20 Oktober 2010

Pemikiran dan Bahasa

Salam buat semua...
Adakah kita menggunakan perkataan yang betul dalam menjelmakan pemikiran kita?

Cuba perhatikan ayat-ayat ini....

"Aku mahu jadi kaya...."
"Aku mahu banglo mewah dua tingkat di ......"
"Aku mahu memiliki hatinya kerana aku sangat mencintainya.."

Dalam ketiga-tiga contoh di atas, terdapat penggunaan perkataan mahu. Mahu dalam erti kata sebenar, hendak memiliki sesuatu yang belum kita miliki. Mengikut ilmu kuasa minda, apabila kita menyedari bahawa kita belum memilikinya, secara automatik minda akan terus meyakini bahawa kita tidak memilikinya.

Pun begitu, perkataan ini tidaklah salah untuk digunakan. Cuma perlu mengaktifkan dahulu getaran positif dan meyakini bahawa kita memang benar-benar 'mahu'kan perkara / hal tersebut sebelum menyatakannya. Getaran yang telah diaktifkan akan terpancar dan memberi kesan yang lebih baik untuk menarik impian itu menjadi kenyataan.

Namun, cuba pula perhatikan ayat-ayat di bawah...

'Aku memilih untuk jadi kaya....'
'Aku memilih banglo dua tingkat itu untuk menjadi rumah kediamanku...'
'Aku memilih untuk memiliki hatinya menjadi teman hidupku....'

Apa pula perbezaan dengan kumpulan ayat kedua ini.
Semuanya menggunakan perkataan memilih dalam ayat masing-masing.
Memilih di sini bermaksud kita memang telah menetapkan dalam hati kita untuk memilikinya setelah memikir dan menetapkan hal ini. Dalam hal ini, kuasa minda akan lebih teraktif dan diaktifkan secara langsung secara semulajadi. Kuasa minda akan terus bekerja untuk mendapatkan apa yang telah 'dipilih' untuk ditarik mendekati kita dan menjadi milik kita.

Cuba fikir-fikirkan bahasa yang kita gunakan seharian ini....

ps : Setiap sesuatu itu tetap daripada ALLAH. Itu tiada siapa yang dapat menafikannya. Kita manusia, hanya mampu untuk berusaha mendapatkan apa yang kita impikan.

5 ulasan:

  1. "aku memilih untuk bahagia".

    boleh ker ayat ni?

    seperti kita diberi pilihan utk pilih bahagia, atau tidak.

    "aku mahu bahagia"-lebih sesuai kan?

    BalasPadam
  2. wah betul jugak! tukar satu perkataan je..dah rasa kelainannya! terima kasih!

    BalasPadam
  3. Gadis Comel....
    Ada ayat yang perlu kita gunakan perkataan mahu dan ada yang perlu kita gunakan perkataan pilih. Sebenarnya, apa yang saya hendak katakan adalah, perkataan pilih itu memberi rangsangan yang lebih kepada apa yang kita mahukan.
    Memang perkara itu kita mahu, tapi apabila kita gunakan perkataan memilih, maka ia menguatkan lagi apa yang kita mahu...
    Disusuli dengan petikan akhir itu, setiap sesuatu itu tetap terjadi daripada kehendakNya jua....
    :)

    BalasPadam
  4. Gadis Bunga...
    Pilihlah perkataan yang dapat memberi lebih rangsangan kepada minda kita...insyaALLAH, kita akan dapat kesan lebih positif dari dalaman diri kita sendiri...

    BalasPadam
  5. apa yang awak cakap nie betul..
    jika dbandingkan mahu n pilih..
    rasa nye 'pilih' tu lebih kuat galakan nya untuk kita dapatkan sesuatu yang dihajatkan..
    'mahu' lebih ke arah kepada banyak pilihan yang boleh dibuat pilihan..

    time kaseh sbb komen enrty sy pasal organ donation tu..sy hargai pndpt awak.

    BalasPadam