Ahad, 3 Oktober 2010

Masalah atau Cabaran

Setiap daripada kita tentu sering berhadapan dengan masalah dalam kehidupan ini.
Ada yang berjaya melaluinya dengan tenang dan tabah, ada pula yang tertewas dalam berhadapan dengannya.

Bagi diriku sendiri,
Aku kurang gemar menggunakan perkataan masalah, prolem...
Kedua-dua perkataan ini adalah menunjukkan sesuatu perkara yang negatif.
Masalah dan problem adalah perkara yang menyusahkan kehidupan kita jika kita tidak pandai mengharunginya.

Aku selalu mengingatkan diriku dan teman-teman rapatku agar menukarkan perkataan masalah itu dengan cabaran.
Perkataan cabaran, mempunyai sedikit nilai semangat dan ketinggian maksud dalam perkataan.
Dengan cabaran, kita seolah-olah perlu melaluinya dengan tabah dan penuh strategi. Cabaran seolah-olah mencabar kita untuk melaluinya dan menuju ke arah kejayaan. Berbeza dengan maksud masalah yang membawa erti sesuatu kesusahan, dan kesukaran.

Daripada kedua-dua perkataan ini yang mempunyai pengertian yang hampir sama, namun membawa maksud yang berbeza. Apa yang penting adalah, penggunaan kedua-dua perkataan ini mampu untuk mempengaruhi kekuatan dan keupayaan minda kita berhadapan dengannya.

Namun demikian, menggunakan perkataan masalah, tidaklah salah.
Ada situasi yang kita memang perlu menggunakan perkataan masalah.
Apa yang disarankan adalah, dalam diri kita sendiri, cuba tukarkan masalah itu kepada cabaran.
Jika kita terus memfokuskan kepada masalah, maka kita akan berhadapan dengan masalah yang sangat hebat. Berbanding jika kita menukarkan masalah itu kepada suatu cabaran, maka pasti semangat juang untuk melaluinya akan meninggi...

4 ulasan:

  1. "masalahnya ,prolem sikit nak kasi tau lu..."
    "apa prolem nya
    " masalah la ... "

    itu la prolem ko ,masalah nak bagi tau "

    hiss pening gua

    BalasPadam
  2. Masalah....masalah...
    Hish, tak kuasa aku nak layan masalah orang yang ada masalah nak bagitau apa masalah dia, nanti aku pula ada masalah nak jelaskan macam mana dia nak selesaikan masalah dia yang tak tau nak bagitau masalah tu....
    huhuhuh.....

    BalasPadam
  3. sokong, anggap saja masalah itu seperti cabaran, kecil atau besar, perlu kita tempuh.

    tapi, hanya orang kuat saja yang mampu melalui cabaran, yang tak kuat, mungkin boleh jatuh dan rebah.

    semoga kita sentiasa kuat. Insyaallah.

    BalasPadam
  4. GaDis CoMeL....
    Jika semua orang berkata-kata seperti awak, maka akan membayangkan semua orang telah berjaya menguasai kemahiran kuasa minda dalam diri manusia.
    Kata-kata GC adalah gambaran orang yang tidak gentar kepada masalah dan cabaran malah sanggup menghadapi apa sahaja yang mendatang. Inilah contohnya bagaimana kita hendak menguasai minda, kita perlu berani dan hebat

    BalasPadam