Ahad, 18 Ogos 2013

Dalaman diri membentuk luaran….

Salam kedamaian daripada KM buat semua…

Kita semua pernah mendengar tentang ‘kecantikan luaran bermula dari dalam’, mungkin mempromosikan sesuatu produk makanan tambahan dan sebagainya.  Sebenarnya slogan ini ada kaitannya dengan minda.  Mindalah (dalaman) yang sebenarnya memprogram diri (luaran) untuk menjadi berjaya atau sebaliknya.  Jika minda kita hebat dan berjaya, maka hebat dan berjayalah diri kita.

Cuba lihat kepada individu-individu yang berjaya dalam bidang masing-masing, bagaimana minda dan cara mereka berfikir.  Kita akan dapat lihat golongan ini sentiasa mempunyai cara pemikiran yang sangat positif dan sentiasa berani dan bersedia.  Tidak ada seorang pun yang berjaya dengan memiliki minda yang negatif dan penakut.  Kesemua mereka pasti mempunyai minda yang hebat hingga menjadikan diri mereka hebat dan berjaya.

Pun begitu, kekadang minda perlukan arahan daripada luar untuk bertindak.  Arahan dari luar inilah yang perlu sentiasa kita awasi agar hanya arahan yang baik sahaja kita terima dan cuba sedaya mungkin untuk mengelak menerima arahan yang tidak baik.

Sebagai contoh, jadikan amalan untuk sentiasa menyatakan kepada diri bahawa kita hebat, kita bertenaga, kita sentiasa bersedia menghadapi cabaran, dan sebagainya pernyataan positif.  Pernyataan ini merupakan arahan kepada minda dan minda akan bertindak dengan arahan ini untuk menjana kehebatan dari dalam dan membentuk kehebatan diri kita.

Bagaimanapun, arahan tidak baik sentiasa ada dan perlulah kita awasinya.  Contohnya ‘bisikan’ hati yang meragukan sama ada kita ini boleh berjaya atau tidak, atau mungkin komen negatif dan perli-perli memedihkan telinga daripada rakan sekeliling yang menyatakan kita ini belum cukup hebat, dan sebagainya.  Arahan negatif ini jika dibiarkan akan menjadikan minda kita (dalaman) menjadi tidak hebat dan akhirnya membentuk diri kita yang tidak hebat juga….

2 ulasan:

  1. slm. minda sy negatif. ada tips x?

    BalasPadam
  2. Salam buat saudaraku Muhammad Izuan...

    Minda negatif memang menjadi masalah kepada kita. Melalui minda yang negatif inilah akan membuatkan kita 'gagal' dalam setiap hal.

    Saya tidak punya tips yang benar2 ampuh untuk menghilangkan negatif minda. Namun, anda boleh cuba perkara ini. Cuba ingatkan kejayaan-kejayaan yang pernah kita capai. Mustahil jika kita kata kita tidak pernah capai apa-apa kejayaan dalam hidup. Pasti ada kejayaan yang berlaku dalam diri kita. Sekurang-kurangnya, kita adalah yang berjaya 'hidup' dan dilahirkan berbanding berjuta2 lagi benih yang bersama kita semasa dalam perut ibu. Betul bukan?

    Apabila kita kenangkan kejayaan, sebenarnya ia telah membangkitkan rasa bahawa kita hebat, dan boleh berjaya, dan berhak untuk berjaya.

    Sedutlah nafas panjang dan ucapkan alhamdulillah. Pasti selepas itu kita akan rasa lebih bertenaga dan yakin dengan diri.

    Kemudian, katakan kepada diri kita bahawa kita hebat dan akan terus hebat. Jangan fikirkan perkara negatif, jika ia hadir dalam lintasan pemikiran kita, cepat-cepat hentikan dan ucapkan kita ini hebat. Cepat-cepat tukarkan pemikiran negatif itu kepada pemikiran positif, bersyukur dan berzikir mengingati ALLAH.

    Hanya sekadar cadangan.

    BalasPadam