Bicara 3 berkenaan menuju kejayaan adalah;
RASAI KEJAYAAN TERSEBUT
Apa yang ingin dinyatakan di sini adalah, setelah kita mempunyai impian dan matlamat, dan setelah kita merangka dan melaksanakan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut, kita perlu ada 'rasa' yang kita memang dan pasti berjaya.
Hal inilah yang sering kita tinggalkan dalam mencipta sesebuah kejayaan.
Kita sering lupa, atau memang tidak mengetahuinya bahawa setiap perasaan dan lintasan kata-kata hati kita akan memberi kesan kepada kejayaan atau kegagalan dalam hidup kita.
Memang kita mahukan kejayaan, namun kadang kala kita sentiasa terfikir; 'boleh ke ni..?'
Lintasan hati dan kata-kata negatif seperti inilah yang sebenarnya membantutkan kuasa minda manusia dalam melaksanakan operasinya dengan jaya.
Apa yang perlu kita lakukan adalah merasai, dan menjiwai kejayaan tersebut.
Jika kita impikan kejayaan dalam perniagaan dengan memiliki sebuah bangunan besar, kita perlu rasai yang perkara itu memang sudah benar-benar berlaku. Rasai seyakinnya bahawa ia memang akan berlaku. Jika boleh, lalu depan kedai tersebut setiap hari, bayangkan yang kita memang hendak ke sana untuk meneruskan perniagaan hari ini. (Tapi janganlah masuk terus dan buat seperti harta sendiri, sehingga benar-benar berlaku...nanti ada pula yang masuk ke balai).
Apa yang dinyatakan di sini adalah, pengaruh emosi, dan keyakinan diri, memainkan peranan yang sama penting dalam mencipta kejayaan. Jika kita mampu mengawal emosi dan keyakinan untuk mencapai kejayaan tersebut, maka ia pasti akan berlaku...
ps ~~ catatan berikutnya akan menyentuh tentang langkah2 ini dari perspektif Islam pula....
erm...Lin memangla Mau kerja Makan Gaji..at the same time, mau kumpul MODAL...mau wat Company Printing, Publishing....harap2 sebelum umur 35 tahun, dpt la bukak company ni even kecil-kecilan jek..hehe..amin..yang ptg : perancangan, Usaha
BalasPadamNor_Emylin...
BalasPadamSetiap kejayaan, bermula dengan impian dan anganan (tapi jangan le terlebih angan pula).
Percaya atau tidak (cuba le lakukan utk lihat keberhasilannya) semakin kerap kita impikan sesuatu itu, semakin mudah dan cepat kita memperolehinya. Tambah2 lagi jika disusuli dengan emosi yang sangat teruja utk mendapatkannya, usaha yang bersungguh2, dan sebagai ummat Islam, tentulah dengan doa dan keyakinan kepadaNya. Segalanya akan berhasil kerana semua yang saya nyatakan di atas adalah hukum alam yang ALLAH kurniakan kepada kita melalui kuasa minda yang ada pada setiap manusia. Namun, hanya 10% sahaj antara kita yang sedar, tahu, dan mahu menggunakannya...
nice aku sedang mencuba
BalasPadamb.r.u.t.a.l.s.o.l.o
BalasPadamCuba dan yakin, pasti berjaya dengan kehendakNya...