Pernah aku bertanya kepada seseorang, apakah impian dalam kehidupan?
Dia menjawab; nak jadi orang yang kaya...
Aku tanya lagi; kenapa nak jadi orang kaya?
Dia menjawab; errr..... aaa....
Lepas tu senyap...!
Anda pula bagaimana?
Apakah impian anda?
Mungkin anda perlu memikirkan kembali tentang impian jangka pendek dan matlamat jangka panjang anda untuk menjadikan perjalanan kehidupan kita lebih bererti.
Cuba bina soalan demi soalan hingga anda benar-benar yakin dan pasti tentang apa yang ingin anda capai dalam kehidupan.
Katakanlah, ada diberikan masa 1 tahun untuk mencapai impian anda...
Dalam masa satu tahun, anda ada masa lapang tanpa apa-apa kerja yang perlu anda lakukan, tanpa ada apa-apa dateline yang perlu anda risaukan, tanpa paksaan dan tekanan oleh sesiapa, dan anda hanya perlu mencapai matlamat anda yang anda sendiri tetapkan dalam masa setahun.
Maka, apakah yang akan anda tetapkan untuk dicapai?
Bagaimana kita hendak tahu tentang impian yang betul untuk dicapai pada jangka masa yang diberi?
Caranya ialah menjawab soalan dengan pelbagai soalan.
Dalam membuat dan mencapai impian jangka masa setahun ini, cuba bina dan jawab soalan dalam diri anda sendiri....
Apa yang benar-benar aku mahukan dalam kehidupan?
Kenapa aku benar-benar mahukannya?
Apa kebaikan yang akan aku perolehi jika aku mencapai kejayaan tersebut?
Bagaimana untuk aku mencapai kejayaan tersebut?
Siapa yang dapat membantu aku untuk mencapai kejayaan tersebut?
Berapakah masa yang perlu aku peruntukkan untuk mencapai kejayaan tersebut?
Apakah tindakan lain yang akan membantu aku mencapai kejayaan tersebut?
Nah, lihatlah betapa banyaknya soalan yang boleh dicungkil untuk merangsang pemikiran kita dalam mencipta kejayaan.
Bersambung...
Dalam diri saya ada banyak persoalan demi persoalan yang tidak terjawab . Bukan sedikit malahan banyak . Sengaja saya mencari persoalan itu , hanya cara itu yang bisa mengerakkan minda saya terus aktif !
BalasPadamLin kekadang bingung juga ngan diri sendiri....mudah berasa bosan ngan kerja yang sama...apapun, cita2 Lin selain membahagiakan Mak abah, lin mahu jadi orang yang berjaya..sedaya upaya capai apa yang payah nak dicapai orang..contoh : CEO ke kan...:-)
BalasPadamLinda...
BalasPadamMencipta persoalan dan membiarkannya berlegar dalam diri adalah perkara yang dapat membantu minda sentiasa aktif. Hal ini (minda yang aktif) akan membantu neuron otak terus bersambungan. Kata pengkaji, ini akan menjadikan seseorang itu terus cerdik.
Nor_Emylin...
BalasPadamJangan ada rasa bosan dalam diri (maaf, bukan nak kritik, tapi...nasihat)
Kebosanan dalam diri akan menyebabkan anda menghasilkan getaran negatif ke alam semesta. Getaran negatif ini akan menyebabkan anda menarik lebih banyak perkara negatif lain mendekati anda dan menyebabkan berlaku kesukaran dalam kehidupan...
Tukarkan rasa bosan kepada teruja.
Biar le nampak macam hipokrik sebab menipu diri. Ini adalah cara kita mendidik diri kita menjadi positif.
Walau apapun, KM doakan Emylin terus berjaya dalam kehidupan dan mencapai semua impian...