Apakah erti kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup anda?
Bilakah agaknya anda merasa sangat gembiran dan bahagia?
Kegembiraan dan kebahagiaan adalah antara perkara yang perlu ada dalam kehidupan manusia.
Semua manusia mahukan kegembiraan dan kebahagiaan.
Malah, dalam Islam juga menetapkan setiap perkara baik itu akan dibalas dengan kebaikan (yang menunjukkan unsur kegembiraan dan kebahagiaan di sana nanti)
Apabila kita merasa gembira dan bahagia, getaran mental akan bergetar pada tahap alpha. Hal ini akan memancarkan getaran positif daripada diri kita. Getaran positif yang sama akan tertarik pada pancaran yang kita keluarkan menyebabkan lebih banyak getaran positif lain menghampiri kita.
Lihat dalam kehidupan kita seharian;
Semakin banyak kebaikan kita lakukan kepada orang lain, semakin ramai orang akan menghampiri dan mendampingi kita. (Begitulah jika sebaliknya...)
Semakin kerap kita berbuat baik dan memberi kegembiraan kepada kita, semakin ramai orang akan memberi senyuman, sokongan, dan bantuan kepada kita.
Hal ini adalah salah satu daripada hukum alam yang telah DIA tetapkan.
Cari kegembiraan dalam kehidupan kita.
Bina kegembiraan itu...
Tunjukkan kepada semua orang dan kongsikan kegembiraan itu.
Diri kita akan bertambah positif dan berkembang menjadi insan yang berguna kepada semua apabila kegembiraan itu menguasai diri kita.
amin ...sama sama kita mencari
BalasPadamSALAM,
BalasPadamKITA INGINKAN KEGEMBIRAAN DAN KEBAHGIAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA SEMENTARA INI. KITA MAHUKAN KEBAHAGIAAN YANG ABADI. KITA SAMA2 USAHAKANNYA.
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
BalasPadamCari, jangan tak cari...
LF;
BalasPadamKegembiraan di sanalah yang paling dinantikan...
Kebahagiaan tidak boleh dijual beli
BalasPadamKebahagian tidak boleh di cari
Kebahgiaan tidak ada dimana2..
MELAINKAN
Kita yang mencipta kebahgiaan itu ..
Linda;
BalasPadamSemakin kuat kita memikirkan tentang kebahagiaan yang kita impikan, semakin cepat kita mendapatnya.
Begitu juga sebaliknya, semakin kuat kita memikirkan tentang kesusahan, semakin cepat kesusahan itu mendekati kita.
Sebab itu kita kena sentiasa berfikiran positif dan terus kekalkan cara pemikiran itu....
kita gembirakan orang, orang akan bergembirakan kita..btul tak..
BalasPadamMy latest entry 9 Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2013