Isnin, 13 September 2010

Cerita Pasal Raya...


Salam semua...

Suasana hari raya masih bersama dengan diri setiap daripada kita. Walaupun Aidil Fitri hanya dirayakan sehari sahaja (berbanding Aidil Adha yang dirayakan 4 hari), namun rasanya kita sudah terbiasa dengan ungkapan 'raya kan sebulan..' (Aku sendiri tak pasti siapa yang ungkapkannya...)


Apapun, selagi sambutan itu tidak menyalahi hukum, rasanya bolehlah dilakukan.


Bercerita pasal raya,

kita akan menggunakan suasana ini untuk menziarahi sanak-saudara dan sahabat handai.

Hal inilah yang sebenarnya sangat penting dalam sambutan perayaan ini. Bukan hanya sekadar dapat mengunjungi rumah kenalan, makan, bercerita (bergosip..?), malah sebenarnya ada yang lebih utama; mengeratkan silaturrahim.


Aku ingin mengungkapkan suasana dan situasi ini dengan perjalanan minda kita.

Sepanjang kita mengunjungi kenalan dan sanak saudara, pasti kita berada dalam emosi dan perasaan yang sangat menggembirakan. Baik bagi orang yang mengunjungi, mahupun orang yang dikunjung, akan merasa sangat gembira. Apa lagi jika sudah lama tidak bertemu. Tentu perasaan itu akan hadir.


Pada ketika ini, sebenarnya kita telah mengaktifkan getaran minda yang sangat positif. Perasaan gembira akan menghantar isyarat kasih sayang dan teruja ke alam semesta dan menarik lebih banyak kegembiraan, kasih sayang, dan kedamaian datang menghampiri kita. Apa lagi jika kita mengambil peluang hari raya ini untuk bermaaf-maafan. Apabila kita menghulurkan salam dan memohon maaf, pasti ia datang dari dalam diri kita yang suci. Sukar rasanya nak menggambarkan tentang perasaan meminta maaf dan memberikan kemaafan itu. Apa yang pasti, ia adalah sangat baik dan hebat untuk kita praktikkan.


Getaran minda yang positif akan menarik lebih banyak keadaan-keadaan yang positif mendekati kita. Itulah sebenarnya yang kita impikan. Kebaikan dan kedamaian yang mendatangi kita adalah bermula daripada diri kita sendiri. Jika kita mengharapkan kebaikan itu, maka kebaikanlah yang akan kita terima.

5 ulasan:

  1. betul tuh....hari raya la hari kita berjumpa sanak saudara...bukan senang mengumpulkan sanak saudara..apatah lagi jarak yang menjadi pemisah....harapNya kesedaran + kasih syg sesama saudara ni akan kukuh smpi bila2..bukan semasa beraya saja kan...:-)

    BalasPadam
  2. adakah getaran minda melahirkan getaran jiwa? hehe...
    mata melihat awek cantik, minda mula berfikir macam mana nak berkenalan, jiwa pun bergetar..
    apa pun selamat hari raya

    BalasPadam
  3. Emylin,

    Kasih sayang yang berterusan itulah yang diharapkan, bukan hanya sekadar semasa hari raya sahaja, malah setiap masa. Sebab tu kita sentiasa dianjurkan untuk berdoa untuk kebaikan ibu ayah dan sanak saudara, melalui doa ini akan terserlah kasih sayang yang berpanjangan...

    BalasPadam
  4. Wandisini,

    :)
    Agaknya memang begitulah gambaran yang mampu diberikan. Cuba lakukan kalau tak percaya, apabila anda meminati seseorang dan anda tidak pernah memberitahunya tentang perasaan itu, sebaliknya hanya menatap tepat ke matanya sambil dalam hati menyatakan perasaan itu dengan yakin (pada ketika ini anda menghantar isyarat getaran ke jiwanya) maka secara sedar atau tidak, 'dia' akan tetap faham bahawa anda meminatinya walaupun tidak mengungkapkan sebarang kata.
    Selamat hari raya buat anda, dan selamat 'menggetarkan jiwa'...

    BalasPadam
  5. raya tahun sekali..memang susah nak jumpa keluarga... yang sibuk dengan kerjaya masing2... masa inilah yang terbaik untuk bertemu dan bermaafan.... :-)

    BalasPadam