Isnin, 20 September 2010

Kita Semua adalah Jutawan...

Ada cerita yang pernah aku baca.
Tapi tak ingat baca di mana.
Apa yang pasti, ia mempunyai maksud yang sangat mendalam...

Ada seorang lelaki separuh umur yang hidup miskin dan melarat. Kehidupannya kais pagi makan pagi. Tiada berumah tempat berteduh dan tiada bersaudara tempat mengadu. Kehidupannya sangat miskin dan menyedihkan.

Setiap hari, merataplah si pengemis ini tentang untung nasibnya yang sentiasa dirundung malang. Dia sentiasa mempertikaikan, kenapa dia tidak terpilih untuk menjadi salah seorang daripada orang yang kaya? Kenapa dia mesti menjadi seorang pengemis? Kenapa dia, kenapa tidak orang lain?

Hampir setiap masa, pengemis itu merintih dan mempertikaikan keadaan nasib hidupnya itu.
Sehinggalah suatu hari, lalu seorang lelaki tua di kawasan pengemis itu melarat dan mendengar kata-kata rintihan pengemis itu. Lelaki tua itu berhenti dan mendengar dengan penuh minat beberapa ketika...

"Mahukah kamu jika aku berikan kekayaan kepadamu?" tanya lelaki tua itu.
Pengemis itu memandang lelaki tua itu dengan penuh harapan. Matanya bersinar terang dan meyakinkan. Dia tersenyum sambil mengangguk-angguk.

"Tapi, kamu kena tukarkan kekayaan itu dengan barangan yang ada padamu..." kata lelaki tua itu lagi.
Pengemis itu bersetuju kerana apalah sangat barangan yang dia ada melainkan sepasang baju buruk yang lusuh dan hapak, sebelah tempurung yang sudah sopek menjadi bekas tadahannya, sebarang tongkat dari kayu yang ditemui di parit besar, dan sekeping kertas tebal buat pengalas tidurnya. Jika semua barangan itu hendak ditukarkan dengan kekayaan, maka dia sanggup memberinya.

"Berikan kepadaku tangan kananmu dan aku bayar RM5000", kata lelaki tua itu.

Pengemis tergamam dan terkedu. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

"Baiklah, berikan kaki kirimu dan aku bayar RM30 000!" kata lelaki tua itu.
"Tidak!" kata pengemis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kalau begitu, berikan aku kedua-dua matamu dan aku bayar dengan harga RM1 juta..!"
"TIDAAAAKKKKKK!" jerit pengemis itu.

"Kamu lelaki gila!" jerit pengemis kepada lelaki tua itu.


"Aku tidak gila," balas lelaki tua.
"Aku tidak gila, sebaliknya kamulah yang gila. Kamu gila kerana kamu sentiasa merintih dan mempersoalkan tentang nikmat yang ALLAH berikan. Kamu nampak keindahan lain namun kamu tidak pernah nampak dan bersyukur dengan apa yang kamu ada. Dengan apa yang kamu ada, kamu sudah cukup kaya..! Malahan dengan kekayaan itu kamu akan dapat mencari lebih banyak kekayaan-kekayaan lain yang menyenangkan hidup kamu. Sebaliknya kamu tidak pernah mahu memikir dan menggunakannya. Kerana kamu GILA!" kata lelaki tua itu sambil berlalu.

Pengemis itu terkedu dan mula memikirkan apa yang dikata. Dia menangis teresak-esak. Orang ramai yang melalui jalan itu semakin ramai dan berpusu-pusu ke tempat tujuan masing-masing, dan tiada seorang pun yang memperdulikan seorang pengemis yang sedang menangis di situ....

8 ulasan:

  1. ya kita adalah jutawan.. cuma kita sendiri jer yang buta...

    BalasPadam
  2. Nilai jutawan yang paling hebat dalam diri kita adalah minda kita. Semakin banyak kita mengguna dan mengaktifkannya, semakin hebat jadinya. Itu adalah janji ALLAH dan pemberian ALLAH adalah yang terhebat untuk makhluknya...

    BalasPadam
  3. hah.. tahu pun takut!
    lain kali jangan nak mengadu domba - merintih mengeluh . Kalau kita rasa susah, ada orang lain yang lagi susah dari kita kaans...


    salam manis and ceria untuk awak .

    BalasPadam
  4. Tapi dunia skang, hanya memikirkan "kekayaan dunia" sahaja...yang kaya nak kaya lagi....sampai lupa pada yang kurang kemampuan....harap kita semua tak terkeluar dari landasan yang sewajarnya..takut penyakit "RIAK" muncul kan...aish....

    BalasPadam
  5. salam ziarah..kenal blog ini dr blog gadis comel..tahniah!!! blog ini penuh info bila membacanya..teruskan dan selamat berblogging

    BalasPadam
  6. Linda;
    Orang yang selalu mengeluh adalah orang yang semakin jauh dari kejayaan.

    Keluhan dari dalam diri akan keluar bersama getaran kegagalan. Semakin kuat getaran kekeluhan itu, semakin dekat kita dengan kegagalan...

    BalasPadam
  7. Nor_Emylin;

    Kaya semakin kaya...
    Miskin semakin miskin...
    Itu adalah keadaan yang berlaku sekarang.
    Namun, masih ada yang kaya yang insaf dengan kekayaan itu dan mampu untuk memandang ke bawah dan membantu orang lain.

    Kaya tidak salah.
    Semua orang berhak utk kaya.
    Namun yang ditegah adalah kekayaan yang menghilangkan rasa syukur kita kepadaNya...

    BalasPadam
  8. Sahromnasrudin;

    Terima kasih kerana sudi berada di sini...
    :)

    BalasPadam