Salam kedamaian daripada KM buat semua…
Kita semua tentu pernah jatuh….Tak kiralah sama ada jatuh basikal, jatuh pokok, jatuh tangga, tergelincir, dan sebagainya (Jatuh cinta tak termasuk dalam perkara yang KM maksudkan ini….hehehe)
Apa yang kita rasa bila jatuh? Tentulah sakit, kan?
Sebenarnya, ia adalah hukum. Bila kita jatuh, kita menghentam sesuatu di tempat yang kita jatuh itu. Dan hentaman itu membawa maksud ke saraf otak. Saraf otak pula akan mentafsir, dan membenarkan rasa sakit kita rasai. Lantaran itu, mulalah kita merasa sakit. Hal ini terjadi dengan sangat pantas.
Berapa lama kita sakit itu, terpulang kepada kekuatan hentaman tadi, dan SATU lagi yang penting adalah; BAGAIMANA KITA MENGAWAL PEMIKIRAN KITA untuk membenarkan rasa sakit itu berterusan atau berhenti.
OK, begini. Tentu kita rasa boleh ke kita mengawal rasa sakit itu supaya berhenti mengikut kehendak kita? Memang boleh, cuma kita perlu bersedia untuk memprogram minda kita atau tidak.
Mungkin sukar untuk kita lakukan jika kesakitan itu berlaku dalam keadaan cedera parah. Tapi apa kata kalau kita lakukan eksperimen kecil di bawah….
Kita lakukan dalam kesakitan yang ringan dulu iaitu, gatal akibat gigitan semut. Biarkan semut gigit kaki atau tangan kita. Kemudian beberapa ketika kemudian kita akan rasa gatal. OK, sekaranglah masa untuk bereksperimen. Tumpukan sepenuh perhatian dan katakan kepada diri bahawa kita tidak rasa pun gatal itu. Percayalah, lepas dua sangat, kita akan dapati tempat gigitan itu tidak lagi gatal. Beberapa ketika kemudian, kita akan rasa gatal kembali. Buat lagi arahan kepada minda bahawa tempat itu tidak gatal, dan kita akan rasa kesannya.
Apa berlaku jika kita dapat lakukan eksperimen dan latihan ini beberapa kali? Tentu sahaja, dengan mudah kita akan dapat mengawal rasa kesakitan itu dengan lebih mudah.
Tapi awas! Minda dan jiwa harus selari. Apa maksudnya? Ikuti tulisan KM yang seterusnya……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan