Salam kasih sayang daripada KM buat semua…
Dalam catatan yang lalu, KM pernah menulis berkenaan visualisasi. Hari ini, KM hendak menulis kembali teknik visualisasi ini sebagai peringatan kepada diri sendiri.
Visualisasi adalah satu teknik untuk meningkatkan kuasa minda kita. Visualisasi merupakan cara kita menggambarkan impian dan cita-cita kita; seolah-olah kita telah berjaya mencapai apa yang dihajatkan. Dengan teknik ini, maka kuasa minda kita akan menjadi terangsang dan menarik frekuansi kejayaan mencapai impian tersebut dengan LEBIH MUDAH.
KM bukan kata kita hanya bervisualisasi sahaja dan terus berjaya, kita masih tetap perlu melakukan usaha untuk mencapai impian kita, tetapi melalui visualisasi kita akan mencapai kejayaan impian itu dengan lebih mudah kerana kita seolah-olah ‘diberikan jalan’ dan panduan untuk mendapatkannya dengan lebih mudah.
Langkah visualisasi :
- Pilih dan tetapkan impian.
- Dapatkan seberapa banyak maklumat tentang impian tersebut.
- Mula bervisualisasi dengan yakin.
- Pastikan tetap dengan satu visualisasi sahaja.
- Bervisualisasi seperti tayangan video.
- Emosi yang membahagiakan.
Ikuti penerangan selanjutnya…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan