Khamis, 24 Januari 2013

Visualisasi ~ Emosi

Salam kasih sayang daripada KM…

Apabila kita melakukan visualisasi, cuba bayangkan visual kita itu seperti gambaran video, bukan seperti gambar pegun.  Maksudnya, kita harus ciptakan visual seperti kita ‘masuk’ ke alam impian kita itu. 

Contohnya apabila kita ingin memvisualkan sebuah kereta idaman.  Jangan hanya gambarkan kereta itu sahaja.  Cuba masuk ke alam visualisasi kita itu dengan paparan video seolah-olah kita berada di show room kereta, menerima kunci daripada penjual, masuk ke dalam kereta, mula menghidupkan enjin, masukkan gear, pegang stering dengan tenang dan meluncur bersama kereta kita.

Itulah sebenarnya yang perlu dilakukan semasa bervisualisasi.

Apa yang penting apabila berada di tahap ini adalah, emosi.  Kita harus samakan emosi kita dengan apa yang berlaku di dalam visualisasi kita itu.  Andai kita berada di dunia sebenar, apa emosi yang akan terbit ketika itu?  Yang pasti tentulah emosi yang sangat gembira, seronok, damai, dan teruja.

Buangkan rasa ragu-ragu sama ada mampu atau tidak untuk kita memiliki kereta tersebut.  Rasa ragu-ragu inilah yang mengganggu frekuansi yang sedang kita pancarkan.  Ini seolah-olah menghalang minda memancarkan apa yang kita mahukan (mahu kereta itu atau rasa tidak mampu).

Emosi memang sangat penting untuk memastikan visualisasi kita itu berjaya dipancarkan atau tidak.

2 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian ni..rupanya visualisasi yang bermakna perlu disertakan dengan emosi bahawa kita sedang merasai detik-detik yang kita bayangkan. saya baru mengamalkan kaedah visualisasi ini tapi dalam bentuk yang statik. Selepas baca artikel ini, saya akan praktikkan visualisasi beserta dengan emosi sekali. semoga ianya akan berjaya insya Allah

    BalasPadam
  2. Semoga berjaya membentuk kekuatan minda yang telah ALLAH pinjamkan kepada kita....

    BalasPadam