Ahad, 13 Januari 2013

Hukum Tarikan; suatu penjelasan

Salam kedamaian daripada KM buat semua…

Sebelum ini pun, KM sudah pernah menulis tentang hukum tarikan (Law of Attraction – LOA), namun kali ini KM mahu menulis lagi tentang hukum ini.

LOA sama sahaja seperti hukum-hukum alam yang lain.  Contohnya hukum graviti.  Tiada siapa pun yang menafikan bahawa graviti akan menarik apa sahaja mendekatinya.  Walaupun kita tidak nampak, dan tidak dapat menunjukkan graviti secara nyata, namun ia tetap ada dan hukum graviti tetap melakukan tugasnya seperti yang diperintahkan ALLAH.

Begitu juga dengan hukum tarikan aka LOA.  Ia juga adalah hukum alam yang wujud dan tidak dapat kita tunjukkan dengan jelas.  Apa yang pasti, ia ada dan tetap melakukan tugasnya seperti yang diperintahkan ALLAH.

Apakah hukum tarikan?  Hukum tarikan sebenarnya adalah apa sahaja yang ‘ditarik’ kepada kita sesuai dengan apa yang kita fikirkan.  Diri kita ini adalah seperti magnet besar yang menarik sesuatu kepada kita.  Andai kita memikirkan tentang keseronokan, maka keseronokan akan datang kepada kita.  Andai kita memikirkan kesusahan, maka kesusahan akan datang kepada kita.  Andai kita memikirkan kekayaan, maka kekayaan akan datang kepada kita.  Andai kita memikirkan tentang kesempitan hidup, maka kesempitan hidup akan datang kepada kita.

Dalam bahasa yang mudah, apa sahaja yang kita fikirkan maka kita akan menarik perkara itu kepada kita.  Tidak kiralah sama ada perkara itu baik atau buruk, maka kita akan tetap menariknya mendekati diri kita.

Jadi, jaga cara pemikiran kita.  Fikirkan yang baik-baik, maka yang baik-baik itu akan menjadi milik kita.

2 ulasan:

  1. salam singgah sini... hope tuan blog sihat2 aja...

    BalasPadam
  2. Berfikir adalah proses yang tidak akan berhenti selagi nyawa di kandung badan. dialah sahabat baik dan sahabat yang boleh mejadikan diri kita tak baik.. oleh itu kenali dia dan jangan hakimi dia.. perhatikan dan cuba berkawan dengannya.

    TintaABC/Fazlihaj

    fazlihaj.blogspot.com

    BalasPadam