Jumaat, 4 Januari 2013

RAS

Salam kasih sayang daripada KM buat semua.  Semoga kita semua menerima rahmatNya dengan penuh kenikmatan.

Hari ini, KM nak berbicara tentang Reticular Activating System atau RAS.  Hal ini memang ada kaitannya dengan Hukum Tarikan yang pernah KM bincangkan dalam beberapa catatan yang lalu.  RAS adalah sejenis ‘penapis’ yang ada dalam sistem saraf otak manusia.  Penapis ini akan membuat tapisan kepada perkara-perkara yang TIDAK dikehendaki oleh manusia, dan membenarkan perkara-perkara yang dikehendaki sahaja untuk masuk ke dalam minda.

reticular activating system

Menurut kajian saintifik, pada tunjang otak terdapat penapis RAS ini.  Aktiviti akan berlaku di bahagian ini untuk menapis perkara-perkara yang tidak dihendaki oleh manusia daripada masuk ke dalam minda.

Contoh :  Andai kita memikirkan kejayaan, maka perkara-perkara yang berkaitan dengan kegagalan akan DITAPIS daripada masuk ke dalam minda.  Hanya perkara yang berkaitan dengan kejayaan sahaja yang akan diterima dan dibenarkan masuk.

Namun, kebanyakan daripada kita hanya berkata (hanya di mulut sahaja) untuk berjaya, namun dalam masa yang sama tetap memikirkan kesukaran dan kesusahan untuk mencapai kejayaan itu.  Pada masa itu, apa yang akan berlaku?  Minda akan terbuka dengan pelbagai kehendak iaitu, kejayaan dan kegagalan.  Kita sendiri yang membuka ‘penapis’ itu untuk menerima kedua-dua perkara itu untuk masuk.  Hal ini menyebabkan kita berada antara kejayaan dan kegagalan.  Maka pada ketika itu, mana-mana yang lebih kuat (sama ada kejayaan atau kegagalan) akan menang dan memberikan hasil kepada kita.

Sebab itu, ada antara kita yang berkata, aku selalu inginkan kejayaan, aku selalu fikirkan kejayaan, namun kenapa masih gagal?  Kerana dalam masa yang sama, kita membiarkan penapis ini tidak berfungsi seperti mana penapis RAS yang sepatutnya.

Ikuti catatan seterusnya daripada KM nanti…

1 ulasan:

  1. ini kali pertama saya tahu pasal RAS. tapi saya dah cuba praktikkan untuk fikirkan perkara yang baik baik sahaja. dan pandang positif atas segala perkara. kesannya memang bagus ke atas mental dan emosi saya. :)

    BalasPadam