Isnin, 7 Oktober 2013

Merendah diri…

Salam kedamaian daripada KM buat semua.  KM doakan pembaca tulisan ini dilimpahi ALLAH dengan sepenuh kebaikan dan kebahagiaan.

Hari ini KM hendak berbicara berkenaan dengan merendah diri.  Merendah diri itu bagus, kerana ia berlawanan dengan sikap angkuh dan bongkak.  Pun begitu, kita jangan terlalu merendah diri, hingga kita MERENDAHKAN DIRI kita sendiri.

Mungkin sukar untuk difahami…

OK beginilah, ada kala kita perlu merendah diri supaya kita terhalang dan terhindar daripada sifat bongkak dan sombong.  Namun pernahkah kita sedar bahawa kekadang perbuatan merendah diri kita itu sebenarnya telah merendahkan diri kita sendiri.

Ada orang berkata kepada kita; baguslah awak ni…

Dan selalunya kita akan jawab; eh, tak adalah, saya biasa je.

Perbuatan inilah yang dimaksudkan dengan merendahkan diri sendiri.  Secara sedar atau tidak, kita telah menghantar mesej kepada minda kita bahawa kita ini orang yang biasa-biasa sahaja.  Semakin lama dan semakin banyak kita memasukkan mesej itu, maka minda dan tubuh kita akan mula bertindak bahawa kita ini memang orang yang biasa-biasa sahaja.

Sedarkah bahawa bila orang memuji kita, sebenarnya minda kita telah menangkap maklumat bahawa diri kita hebat, diri kita bernilai, diri kita unggul, dan pelbagai maklumat positif.  Namun kerana sikap merendahkan diri kita telah memasukkan bahawa maklumat itu salah dan kita sendiri memasukkan maklumat baru bahawa kita ini biasa-biasa sahaja.

Alangkah ruginya jika minda mula menerima hakikat bahawa kita ini orang biasa sedangkan kita ini hebat.

Jadi, apa yang perlu dilakukan?

Jika ada orang yang memuji, balas semula pujian itu dengan ucapan Alhamdulillah kerana setiap pujian itu harus diutamakan kepadaNya jua.  Kemudian balas pujian yang sama tentang kehebatan orang itu tadi.  Katakan kepadanya bahawa apa yang kita lakukan (hingga dia puji kita hebat dan bagus) itu adalah untuk kepuasan diri kita.  Jadi, rangsang minda rakan kita yang memuji itu dan dalam masa yang sama kita turut merangsang minda kita.

Jika kita dapat lakukannya, minda kita bukan sahaja menerima mesej yang baik daripada rakan malah kita juga mengirimkan mesej yang sama tentang kehebatan diri kita ke dalam minda kita sendiri.

Merendah diri ok, tapi jangan merendahkan diri.

Ops, KM memang rendah, tapi KM berjiwa tinggi.

Winking smile

4 ulasan:

  1. yela KM..sy pun pernah alami situasi yg mne kite rendah dr sampai dipandang rendah orang lain..tapi dalam situasi tu saya selalu rasa kawan yang pandang rendah kepada saya tak berapa faham konsep merendah diri sampaikan sikap merendah diri kita dianggap kelemahan kita pulak =)

    BalasPadam
  2. Apa khabar aween, KM doakan aween sentiasa ceria dan berminda hebat sentiasa.
    Memang, bila kita merendah diri, akan ada orang yang ambil kesempatan. Lepas ni, cuba kita jangan terlalu merendah diri. Merendah diri tu bagus, tapi jangan terlalu ditunjukkan hingga orang anggap kita ini terlalu lekeh dan boleh dipersendakan.

    BalasPadam
  3. betul tu..dua makna yg berbeza..merendah diri dan merendahkan diri..tapi tu lah, kadang2 org pandang rendah pada kita..klu show off sket, takut perasaan riak tu dtg..Hurmmmm

    BalasPadam
  4. Apapun, kita kena pandai kawal perasaan dan situasi, jangan sampai menguasai kita. Sesungguhnya setiap puji-pujian itu lebih layak kepada ALLAH, sebab itu jangan meninggi diri (riak), namun jangan pula merendahkan diri hingga kita 'set'kan dalam minda bahawa kita ini memang golongan yang 'rendah'.

    BalasPadam