Salam kasih sayang daripada KM.
Matlamat yang ditulis dengan jelas dan tidak diubah-ubah.
Sering kali KM nyatakan bahawa tulisan adalah hasilan dari dalam minda. Sebenarnya apa yang kita tulis berkenaan sesuatu matlamat yang hendak kita capai, akan ‘terpahat’ dengan sendirinya dalam minda. Minda akan memprogram apa yang kita tulis itu sebagai sesuatu yang kita mahukan dan minda akan melaksanakan tugasnya untuk mencapai matlamat itu.
Dalam erti kata yang lain, minda akan menjana lebih banyak idea dan rangsangan bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut. Mungkin sebelum ini kita tidak pernah terlintas untuk melakukan sesuatu idea itu, namun kini kerana program yang dimasukkan melalui tulisan itu menyebabkan minda terangsang dan mula bertindak.
Pun begitu, matlamat yang ditulis itu haruslah jelas dan realistik. Biar kita lakukan dalam konteks kehidupan kita dahulu. Bila dah berjaya dan nampak bekerhasilannya, barulah kita kembangkan dengan lebih jelas lagi.
Gambaran mental yang berulang.
Kita juga harus sentiasa menggambarkan apa yang kita impikan itu dalam minda. Sentiasa visualisasikan impian itu. Dalam kata mudah, angankan seolah-olah ianya telah benar-benar terjadi.
Visualisasi memang sangat hebat. Manusia dikurniakan dengan keistimewaan untuk membuat gambaran dalam minda. Kita boleh menggambarkan apa sahaja yang kita mahukan dalam minda kita. Jika kita tidak berkereta, kita boleh bayangkan bagaimana kita berkereta, betul tak? Kerana kita memang boleh untuk mengangankannya.
Namun, jangan terawang sampai melekakan. Gambarkan dalam minda tentang matlamat yang kita mahukan sahaja. Paling penting, gambarkan apa yang kita tulis tadi.
Gambaran mental atau visualisasi haruslah berulang. Jangan buat sekali sahaja dan terus berharap ia akan jadi dengan sendiri. Sebaliknya, cuba gambarkan sentiasa. Lebih bagus jika kita dapat buat visualisasi ini pada masa yang tetap setiap hari. Contohnya, KM akan lakukan visualisasi setiap hari sebelum tidur. Biasanya KM akan tidur pada masa yang sama hampir setiap malam. Jadi ini bermakna visualisasi KM juga akan berlaku pada masa yang hampir sama pada setiap hari.
Emosi positif yang dimasukkan ke dalam gambaran mental
Semasa kita bervisualisasi atau melakukan gambaran mental, ciptakan rasa keseronokan dan keterujaan kerana berhasilnya impian kita itu.
Contohnya, jika kita menggambarkan kereta baru, ciptakan rasa betapa seronoknya dapat berkereta baru itu. Rasakan dengan sebenar-benarnya rasa seronok itu seolah-olah memang impian itu telah tercapai.
Mungkin pada awalnya kita akan merasa ragu-ragu. Keadaan ini dinamakan sekatan minda. Semasa kita bayangkan kereta baru, pasti ada sedikit rasa seolah-olah kita mana mampu untuk memilikinya…! Awas, jangan biarkan ia berterusan! Hentikan segera perasaan itu sebaliknya terus cipta rasa seronok berkereta baru itu.
Kemahuan membara yang amat kuat
Bila kita dapat lakukan semua ini, pasti kita akan rasa kemahuan kita terhadap matlamat itu sangat menjadi-jadi. Teruskan rasa kemahuan yang membara itu kerana ia sangat baik untuk mengaktifkan kuasa tarikan dalam minda kita.
Ketepikan segala rasa ragu-ragu, bakulsampahkan segala kata-kata sinis orang yang berada di sekeliling kita, hilangkan rasa negatif, sebaliknya kuatkan rasa keyakinan bahawa itulah yang kita mahukan.
adakah ini sama dengan berangan?
BalasPadamciptakan perasaan seronok berangan memiliki kereta.macam tu?
cik hani mmg suka berangan.hahha
Salam cik hani,
BalasPadampun begitu, kita jangan hanya berangan sahaja, perlu tindakan. Kekuatan minda akan lebih menjadi-jadi bila ada tindakan yang dilaksanakan. Kalau tak, kita hanya sekadar menjadi mat jenin sahaja...