Salam kedamaian buat semua…
Menyambung perbicaraan sebelum ini, apakah kita telah berjaya menetapkan matlamat dalam kehidupan kita? Jika sudah, tahniah. Kita memang akan berjaya jika kita memiliki matlamat kehidupan yang jelas.
Apa pula tindakan selanjutnya setelah matlamat kehidupan ditetapkan?
Setelah kita menetapkan matlamat, kita perlu memiliki target. Target atau tetapan terhadap sesuatu adalah keadaan yang mana kita menetapkan pula sasaran kita. Ia mungkin berkaitan dengan masa dan berkaitan juga dengan pencapaian terhadap sesuatu.
Pada kebiasaannya, target ini haruslah realistik. Maksudnya, biarlah berpadanan dengan kemampuan dan usaha yang mampu untuk kita lakukan untuk mencapai impian tersebut. Contohnya, jika kita hendak memiliki simpanan sebanyak RM1 juta dalam masa setahun, adakah ia target yang realistik atau hanya fantasi…terpulang kepada kemampuan kita. Mungkin ada antara kita mampu menjadikannya sebagai target dan mungkin hanya sebagai satu bentuk impian kosong. Jadi, apa yang penting adalah biarlah target itu realistik atau sesuatu yang mampu dicapai dek akal.
Kenapa pentingnya target dalam usaha mencapai matlamat kehidupan ini? Target penting kerana ia menjadi kayu pengukur kepada setiap usaha kita. Ia perlu supaya kita tidak leka dan menyeleweng daripada usaha untuk mencapai matlamat kehidupan ini. Ada yang mungkin berjaya mencapai kejayaan tertentu, namun kejayaan itu terlalu lambat untuk dicapai kerana kita terlalu leka dan tidak bersungguh-sungguh. Jadi, dengan adanya target masa dan pencapaian, kita akan lebih fokus untuk mencapai sesuatu impian itu.
nice sharing..
BalasPadam