Salam kasih sayang daripada KM.
Sudah terlalu lama KM tak berkesempatan ke sini. Macam-macam yang berlaku di awal tahun 2012 ni sampaikan KM terpaksa letak ke tepi dahulu log kesayangan KM ni. Inilah yang dinamakan meletakkan keutamaan kepada yang lebih utama.
Sebenarnya, KM telah ditukarkan bertugas di tempat lain. Keadaan inilah yang menyebabkan KM terpaksa menguruskan semula perjalanan masa kehidupan KM. Jika dulu KM mula keluar untuk bertugas jam 7:00 pg, balik berehat sekejap jam 2:00 petang dan sambung semula pada jam 3:30 hingga jam 6:00 petang, andai ada kelas tambahan maka tugas KM bersambung lagi lepas Maghrib hingga jam 10:00 malam. Itu rutin perjalanan kehidupan KM dulu…
Di tempat baru ni, KM perlu keluar dari rumah untuk bertugas seawal jam 6:20 pg, andai tidak maka merahlah punchcard KM. KM berehat di sekolah saja dan sambung tugas hingga jam 6 petang. Andai ada kelas malam, maka KM akan terus berehat di sekolah dan lepas kelas baru boleh balik ke rumah. Hal ini kerana KM sekarang ditempatkan pula di sebuah sekolah yang agak jauh dari rumah KM. Sekolah ini pula adalah sebuah sekolah yang hebat yang memerlukan komitment dan tindakan yang serba pantas.
Letih memang meletihkan. Namun kerana akur dengan arahan dan tugasan yang diberikan maka KM meneruskan juga amanah yang diberikan itu.
Perjalanan kehidupan yang baru ini pada mulanya memang memberi sedikit tekanan kepada KM. Apa tidaknya, jika dulu KM ada ruang masa bersama keluarga, namun sekarang ruang itu menjadi semakin sedikit. Jika dulu KM ada ruang masa untuk lakukan apa yang KM suka, namun sekarang ruang itu diambil alih oleh masa perjalanan ke tempat kerja dan masa untuk merehatkan badan. Itulah perjalanan sepanjang awal tahun ini.
Alhamdulillah, sekarang KM sudah semakin membiasakan diri dengan keadaan masa baru ini. Mungkin sedikit masa lagi, kebiasaan dan keselesaan masa baru ini akan membolehkan KM meneruskan usaha untuk menulis dan melakarkan maklumat berkaitan dengan minda di sini…
Jiwa saya kacau sekarang.. Huhuhu.. Mcamana nak tenangkan ia?
BalasPadamJangan biarkan kekacauan itu terus bersarang dalam diri. Cuba bacaan tulisan terkini KM berkaitan dengan menangani stress...
Padam