Sabtu, 31 Disember 2011

Matlamat Kehidupan…

Salam kasih sayang daripada KM buat semua.  KM mendoakan kita semua sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat daripadaNya.

Beberapa ketika sejak kebelakangan ini, KM jarang berada di sini, di dunia penulisan blog…  Ini adalah kerana KM telah pergi ke suatu tempat untuk menenangkan jiwa dan ‘bertapa’ buat beberapa ketika.  Banyak kenangan dan pengalaman baru yang KM dapat.  Semuanya kerana KM telah memperuntukkan masa untuk berfikir dan berfikir, tentang kehidupan ini.

Setiap daripada kita mahukan kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan.  Semua ini KM rangkumkan dan namakan ia sebagai matlamat hidup.  Tambahan, esok adalah hari pertama bagi tahun 2012.  Biasanya apabila menjelang tahun baru, kita disogokkan dengan pertanyaan tentang azam tahun baru.  Azam adalah salah satu bentuk matlamat kehidupan.  Tetapi, adakah azam yang sentiasa bermain di bibir kita setiap awal tahun itu memberi kesan dalam kehidupan kita?

Pada pandangan KM, azam atau matlamat kehidupan bukanlah terletak pada tahun baru sahaja.  Ia harus sentiasa ada dalam diri.  Barulah hidup kita sentiasa ada matlamat dan bukan hanya sekadar di tahun baru.  Matlamat yang perlu ada dalam diri adalah untuk menambahbaikkan kehidupan ini.  Jika matlamat atau azam itu sama saja seperti tahun-tahun yang lalu, itu menunjukkan kita tidak berubah, atau masih berada di takuk lama.  Sewajarnya matlamat kehidupan yang dibentuk harus menjurus kepada perubahan yang baik dan lebih baik dari sebelumnya.

Untuk menunjukkan adanya matlamat kehidupan, kita perlu banyak berfikir.  Berfikirlah apa sahaja, sama ada tentang usaha untuk berubah, atau fikirkan tentang nikmat-nikmat yang kita perolehi selama ini.  Alangkah banyaknya perkara yang dapat kita jadikan untuk berfikir.  Apabila kita berfikir, maka kita telah secara tidak langsungnya meningkatkan keupayaan minda.  Itulah perkara yang menjadi senjata utama untuk memastikan matlamat dalam kehidupan kita dapat dijana dengan lebih baik dan berkesan.

Hari ini, cuba kita fikirkan, apakah matlamat dalam kehidupan kita.  Fikirkan tentang apa yang kita akan jadi 5 tahun atau 10 tahun dari sekarang.  Fikirkan apakah perubahan diri yang boleh kita laksanakan untuk diri kita jadi lebih baik dari sekarang.  Ini bukan azam, ini adalah cara untuk kita menilai diri dulu sebelum kita menetapkan matlamat dalam kehidupan ini….

3 ulasan:

  1. SALAM,
    Singgah dan Ucapan selamat tahun baru 2012M dan 1433H drpd LF dan isteri. Mendoakan moga kita semua sentiasa di atas landasanNYA.

    BalasPadam
  2. salam... Saya rasa tak terlewat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru untuk KM. Betul kata KM... Kebanyakan manusia terlalu taksub dengan azam tahun baru. Setiap kali tahun baru mesti ada azam baru yang dibuat. Tapi bila dah akhir tahun tiada satu pun yang terlaksana... Tak salah mempuunyai azam, tp bagi saya lebih baik tetapkan matlamat hidup... Kerana dengan adanya matlamat hidup kita akan sentiasa berusaha untuk mencapai azam yang kita buat. Kalau saya salah tolong betulkan ye....

    BalasPadam