Jumaat, 1 Oktober 2010

Memberi dan menerima

Semakin banyak kita memberi....semakin banyak kita akan terima.

Itu adalah sebahagian daripada hukum dalam sains kuasa minda.

Hukum ini, sama saja maksud dan kepentingannya seperti bersyukur yang ALLAH telah nyatakan dalam AL-Quran; jika kamu bersyukur maka akan AKU tambahkan nikmatnya.

Khutbah Jumaat hari ini menyatakan perkara yang sama seperti yang aku berpegang selama ini iaitu semakin banyak kita memberi semakin banyak kita akan menerimanya.

Dalam khutbah tersebut, dinyatakan jika kita sering berbuat baik kepada orang, maka orang akan lebih menyayangi dan menghormati kita. Dalam erti kata yang lain, semakin ramai yang suka dan sudi bersahabat dengan kita.
Dalam khutbah itu dinyatakan secara gambaran seperti seseorang itu ada sebidang tanah. Semakin banyak tuan tanah itu menggemburkan tanah dan 'memberi' benih ke atas tanah tersebut, semakin banyaklah pokok dari benih yang 'diberi' itu akan tumbuh. Bermaksud, semakin banyak kita menyemai benih, maka semakin banyaklah hasilan yang akan diperolehi.

Malah, ada sesuatu yang lebih menarik dalam gambaran yang diberikan dalam khutbah tersebut.
Kata tuan khatib; malah, jika kita 'memberi dengan tidak memberi' sekalipun akan membolehkan kita menerima keuntungan dan kebaikannya.
Tuan khatib menjelaskan bahawa 'memberi dengan tidak memberi' adalah dicontohkan seperti orang yang menaiki kenderaan yang sanggup tidak membuang sampah keluar, maka akan bertambahlah kebaikan kepada semua kerana kurangnya sampah yang bertaburan di jalan. Dalam penjelasannya diterangkan bahawa jika kita 'tidak memberi' sampah itu keluar dengan membuang sesuka hati di jalanan, maka kebaikannya akan pulang kepada kita dan kepada semua.

Hukum dalam sains kuasa minda menyatakan;
Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita akan menerimanya.
Semakin banyak kita tersenyum kepada orang lain, semakin ramai orang akan tersenyum kepada kita.

Simple..!
Inilah sebahagian daripada hukum tarikan yang ada dalam kuasa minda manusia.
Namun ia juga akan berlaku tarikan yang sama jika kita melakukan perkara yang buruk dan negatif, maka buruk dan negatiflah yang akan kembali kepada kita.
Justeru, marilah sama-sama kita membetulkan kembali cara pemikiran dan perasaan kita.

Mudah saja jika kita mahu untuk melakukannya.

6 ulasan:

  1. nice entry. kene prektis sentiasa ni!

    BalasPadam
  2. Yup !
    Itu yang saya buat
    dari dulu hingga sekarang..
    Senyum sokmo...

    Salam manis and ceria dari saya ..

    BalasPadam
  3. GB...
    Cuba le, pasti nampak kesannya

    BalasPadam
  4. LiNda...

    Senyum sokmo, orang balas senyuman...
    Kalau kita semua mengerti tentang hakikat ini, pasti tiada perbalahan antara kita semua....

    BalasPadam
  5. Mudah-mudahan kita semua tergolong dlm glgn yg terbaik "disisiNya".....

    betul tuh, makin byk kita beri, berganda2 kita menerima balasaNnya...mcm Hari Raya hari tu :-)

    BalasPadam
  6. Nor_Emylin...
    Tentu banyak duit raya kita dapat Hari Raya baru ni. Bila banyak kita memberi kepada anak-anak saudara dan rakan-rakan, mereka membalasnya dengan memberikan pula kepada anak-anak kita...tak gitu?

    BalasPadam