Ahad, 10 Oktober 2010

Kepercayaan...

Kepercayaan adalah satu anugerah dan nikmat.
Apabila kita mendapat suatu kepercayaan, maka ia menunjukkan penilaian yang tinggi daripada orang lain terhadap kita.
Kepercayaan ini bukan hanya sekadar melibatkan perkara-perkara yang membabitkan amanah sahaja, malah ia lebih daripada itu.

Aku ingin memberi satu contoh mudah.
Kelmarin aku ke Kuala Terengganu kerana menguruskan sesuatu.
Dalam perjalanan pulang, aku berhasrat untuk singgah solat dan makan. Lalu aku berhenti di sebuah kawasan. Di situ terdapat beberapa buah kedai makan, tetapi hanya ada dua buah kedai makan sahaja yang beroperasi. Sebuah kedai, nampak agak cantik dan teruja, penuh dengan hiasan dan sebagainya, namun hanya ada seorang lelaki yang duduk sambil minum teh O, manakala sebuah lagi kedai nampak sudah sedikit 'uzur' dengan atap yang sudah rongak di sana sini, namun mempunyai ramai pelanggan yang berada di situ.

Apa yang hendak aku ceritakan, bukanlah tentang keadaan kedai, atau tentang keenakan makanan, atau tentang kedai mana yang aku pilih, atau kedai mana yang ada 'pelayan' yang cantik dan gebu....namun yang menjadi perhatianku adalah tentang kepercayaan yang diberikan oleh orang ramai terhadap kedai yang kedua. Walaupun tidak secantik kedai sebelahnya, namun ramai yang makan di situ. Pada pandangan mata kasarku, tentu mereka itu pelanggan tetap dan ada beberapa orang yang seperti dalam perjalanan sepertiku.
Berbeza dengan kedai sebelahnya yang nampak eksklusif, punya beberapa orang gadis kecil molek manis, namun tiada yang mahu menghampiri.

Pada pendapatku, hal ini adalah kerana kepercayaan pelanggannya yang tetap setia menuju ke kedai tersebut kerana sesuatu keistimewaan. Mungkin dari segi keenakan masakannya, mungkin dari segi layanannya, atau mungkin kedai sebelah tu memang tidak menarik langsung...aku sendiri tidak dapat memberikan jawapannya...

2 ulasan:

  1. SALAM,
    MAKANAN MESTI SEDAP DAN DEKOR NYA MESTI OK DAN BERSESUAIAN. KEBERSIHAN JUGA AMAT PENTING. ITU ANTARA PERKARA YANG LF UTAMAKAN BILA HENDAK PERGI MAKAN.

    BalasPadam
  2. Salam,
    Benar sekali pandangan LF tu.
    Makanan yang sedap dan bersih adalah perkara yang paling utama perlu dinilai sebelum kita makan di sesebuah gerai.

    BalasPadam