Jumaat, 22 Oktober 2010

Kejayaan Bermula dari Dalam Diri

Salam buat semua...
Catatan ini aku lakukan sesampainya aku dari tugasan luar di Bukit Tinggi, Pahang.
Tiga hari aku di sana melaksanakan aktiviti pendidikan luar untuk sekumpulan remaja bermasalah.
Selama aku bersama dengan mereka, aku dapat kenalpasti bahawa mereka memang 'bermasalah'. Masalah mereka bukanlah kulihat daripada tingkah laku dan perbuatan mereka yang menyimpang sehingga mereka dikategorikan sebagai remaja bermasalah, sebaliknya masalah mereka bermula dari dalam diri mereka sendiri. Masalah yang paling utama adalah tiada keyakinan diri.

Aku bertanya kepada mereka, apa yang mereka pernah lakukan yang membuatkan mereka mendapat pujian daripada orang di sekeliling mereka? Mereka menjawab; TIADA..!
Ingin kusangkalkan bahawa, setiap daripada kita pasti ada melakukan kebaikan tersendiri. Setiap kebaikan itu adalah suatu kepujian untuk diri kita. Pasti ada satu kebaikan, walaupun SATU...

Aku tanyakan lagi; adakah mereka tiada langsung impian untuk menjadi seorang yang berguna.
Pasti sahaja jawapan mereka; ADA.
Namun, apakah usaha yang dilakukan untuk merealisasikan impian untuk menjadi orang berguna itu? Adakah dengan hanya berkata-kata di mulut sahaja?

Pernah lihat kanak-kanak belajar menunggang basikal?
Adakah kanak-kanak itu hanya mempelajari cara menunggang basikal melalui buku 'Mari Belajar Cara Menunggang Basikal'? Adakah..?
TIDAK...
Kanak-kanak itu akan belajar dengan berusaha menaiki, mengayuh, mengimbang badan, belajar dari pengalaman rasa sakit jatuh bangun semasa belajar menunggang basikal, belajar tentang semangat untuk terus berusaha dan berusaha untuk terus mengayuh dan mengimbang, hingga akhirnya dia pandai mengayuh basikal.

Itulah sebenarnya yang perlu ada dalam diri kita.
Kejayaan itu bermula dari dalam diri kita sendiri.
Jika kita ingin berjaya, kita perlu berusaha. Kita perlu melalui rasa dan pengalaman untuk berjaya. Dengan keadaan itu akan membuatkan kita kenal siapa diri kita sendiri. Jangan memandang kepada orang lain jika pandangan itu hanya melemahkan diri kita. Jangan memandang ke belakang, kepada sejarah hitam hidup kita jika ianya memeritkan. Sebaliknya, berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk berubah. Jadikan diri kita suatu keistimewaan kepada setiap orang yang ada di sekeliling kita.

Kita mampu berubah daripada buruk kepada baik.
Kita mampu berubah daripada baik kepada lebih baik.
Kita mampu berubah, jika kita mahu mengeluarkan kejayaan itu dari dalam diri kita sendiri.

4 ulasan:

  1. Dalam diri saya,
    sentiasa berusaha untuk berubah
    menjadi hamba Allah yang lebih baik
    dari sebelumnya .

    BalasPadam
  2. nice post... bebudak kena ada yang membimbing kalau tak memang hanyut

    BalasPadam
  3. erm..betul tuh....kalau kita nak berjaya, kita kena usaha bersungguh2...!!! even terlalu byk halangan sekaliPun..sebab kemanisan tuh akan dtg mengiringi kan.....kita akan tahu keupayaan kita di tahap yang mana..tu lebih baik kan dari menyerah kalah bulat2 tanpa USAHA

    BalasPadam
  4. tiada kejayaan yg diperolehi dengan senang tanpa sedikit sakit...

    BalasPadam